ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 380 kes semalam berbanding 383 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,031,076 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 696 kes, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,980,364 kes.
Sebanyak sembilan kematian dilaporkan semalam dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,892 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,858 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 11,412 kes dengan 10,844 kes atau 95 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 542 kes atau 4.7% pesakit dirawat di hospital, 15 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 11 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN