Facebook Twitter
    Trending
    • Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?
    • Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    • Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

    Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

    By Umi FatehahJanuary 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JANGAN gunakan simpanan kecemasan itu untuk memulakan perniagaan semasa kemelesetan ekonomi. - GAMBAR HIASAN MIKE PETRUCCI/UNSPLASH

    BARU-baru ini, Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Perniagaan (CEBR) meramalkan dunia bakal berhadapan dengan kemelesetan ekonomi pada 2023. 

    Apabila berlakunya kemelesetan ekonomi, kebanyakan syarikat akan membuang pekerja kerana mahu mengurangkan kos dan pekerja-pekerja yang dibuang pula hilang punca pendapatan. 

    Dalam keadaan ini, hanya simpanan kecemasan sahaja yang boleh digunakan untuk menampung kehidupan.

    Ada juga yang mengambil tindakan menggunakan simpanan kecemasan bagi memulakan perniagaan. Menurut Faiz Azmi atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz, sebenarnya cara ini kurang bersesuaian.

    FAIZ Azmi sering membuat perkongsian berkaitan ilmu kewangan di TikTok dan YouTube. – GAMBAR OLEH IQBAL ROSLI/UTUSAN

    “Jangan gunakan simpanan kecemasan itu untuk memulakan perniagaan semasa kemelesetan ekonomi. Untuk memulakan perniagaan, anda memerlukan modal yang besar. 

    “Ini juga salah satu kesilapan besar yang orang selalu buat. Mulakan perniagaan apabila tak ada duit. Itu salah,” tegas beliau.

    ARTIKEL BERKAITAN: Financial Faiz guna media sosial didik rakyat Malaysia tentang kewangan

    Nasihatnya, mulakan perniagaan ketika kewangan peribadi dalam keadaan stabil atau sebelum kemelesetan ekonomi. Hal ini kerana, sebelum memulakan perniagaan, anda memerlukan modal. 

    “Contohnya nak jual burger pun kena ada modal RM2,000 hingga RM3,000 bagi membuka gerai, pembelian stok, peralatan dan sebagainya.

    “Takkan nak berhutang? Sekiranya berhutang untuk memulakan perniagaan, anda hanya akan ‘gali lubang’ hutang lebih dalam. Tetapi, kalau ada simpanan kecemasan berlebihan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan, dipersilakan untuk mula berniaga,” tambahnya.

    Di samping itu, menurut Faiz, memulakan perniagaan dalam keadaan kewangan yang stabil lebih baik kerana dalam masa sama, anda masih boleh menyediakan keperluan keluarga. Sebaliknya akan berlaku jika perniagaan dimulakan ketika hilang pendapatan.

    “Hutang semakin bertambah, anak bini pula tidak cukup makan,” katanya. 

    Lebih memburukkan keadaan, kata Faiz, perniagaan itu dijalankan dalam tempoh kemelesetan ekonomi. Jika ia gagal, bencana kewangan yang lebih besar perlu kita tampung.

    Tidak semua perniagaan akan menjadi, ini hakikat yang setiap orang perlu terima. Ambil contoh ketika pandemik Covid-19 melanda negara dan kerajaan memerintahkan untuk mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan. 

    Kita dapat lihat ramai rakyat Malaysia yang menceburi bidang perniagaan pada ketika itu bagi mencari pendapatan. Ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya. 

    “Terpulang kepada jenis perniagaan yang anda lakukan. Mana-mana pun ada kemungkinan untuk berjaya atau tidak berjaya. Namun apa yang penting ialah pastikan sebelum memulakan perniagaan, anda mempunyai wang sandaran. Jangan buka perniagaan semasa poket kosong,” kata Faiz.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gaya hidup mewah selepas naik gaji, punca gagal urus kewangan

    Menurut beliau lagi, kehidupan akan menjadi lebih terjamin sekiranya anda ada wang sandaran untuk beli keperluan di samping pendapatan atau keuntungan yang dijana melalui perniagaan. 

    Apa yang ingin disampaikan Faiz, kita tidak tahu sama ada perniagaan akan menjadi atau tidak. Jadi, lebih baik jika berjaga-jaga daripada silap percaturan yang akhirnya merugikan. 

    “Satu lagi hakikat yang orang perlu sedar bahawa memulakan dan menguruskan perniagaan persendirian lebih susah berbanding bekerja. 

    “Kalau bekerja biasa pun susah untuk menyimpan wang dan tidak boleh nak kekalkan kerja, macam mana perniagaan nak berkembang dan bertahan?

    “Kita selalu dengar orang berjaya dalam perniagaan tetapi jarang dengar cerita orang yang perniagaannya gagal. Selalunya yang kita dengar pun sebelum ini gagal beberapa kali tetapi setelah beberapa kali percubaan baru berjaya,” jelas Faiz. 

    Kesimpulannya, tidak salah jika mahu memulakan perniagaan. Tetapi pastikan anda mempunyai persediaan dari segi ilmu dan wang yang mencukupi. – RELEVAN

    featured kewangan
    Artikel Terkini

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    February 1, 2023

    Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

    February 1, 2023

    Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

    February 1, 2023

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.