Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 risiko kesihatan perjalanan jauh ke tempat kerja

    7 risiko kesihatan perjalanan jauh ke tempat kerja

    By Umi FatehahJanuary 10, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 risiko kesihatan perjalanan jauh ke tempat kerja. - GAMBAR HIASAN FARIZ RUSADIO

    TEMPAT kerja yang jauh bukan sahaja memenatkan fizikal, tetapi ia turut membebankan mental apatah lagi terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

    Sudahlah di tempat kerja kita tertekan, perjalanan berulang-alik ke tempat kerja menambah pula tekanan yang sedia ada. 

    Sekali gus, keadaan tersebut membuatkan anda tertekan dan mengganggu mood, malah memberi kesan negatif kepada kesihatan.

    Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana perjalanan ulang alik ke tempat kerja memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal seperti yang dikongsikan di TIME.

    1. Paras gula dalam darah meningkat

    Menurut laporan daripada University School of Medicine di Saint Louis dan Cooper Institute di Dallas yang diterbitkan di The American Journal of Preventive Medicine, memandu lebih daripada 30 kilometer (km) setiap kali pergi dan pulang dari kerja, dikaitkan dengan peningkatan gula dalam darah. 

    Apabila gula atau glukosa dalam darah meningkat, ia mungkin menjadi penyebab kepada pra-diabetes dan diabetes.

    2. Peningkatan kolestrol

    Laporan yang sama dalam The American Journal of Preventive Medicine mendapati bahawa pemanduan jarak jauh yang dilakukan setiap hari juga berkait rapat dengan peningkatan kolestrol.

    Apa yang menakutkan ialah jumlah kolestrol yang tinggi boleh mengancam kesihatan jantung. 

    Kolestrol yang tinggi akan membuatkan saluran darah tersumbat dan menyukarkan pengaliran darah yang mencukupi ke seluruh badan. Dalam situasi yang lebih teruk, ia mungkin akan menyebabkan strok.

    3. Meningkatkan risiko kemurungan

    Para penyelidik dari University School of Medicine di Saint Louis dan Cooper Institute di Dallas juga menyatakan dalam laporan mereka bahawa individu yang berulang-alik sekurang-kurangnya 16 km mempunyai kecenderungan lebih tinggi terhadap kemurungan (depression) dan kebimbangan (anxiety). 

    Kadangkala, agak sukar untuk menentukan sama ada emosi negatif yang dialami merujuk kepada kemurungan dan kerisauan sebenar atau hanya perasaan negatif sementara. 

    Jadi, dapatkan bantuan pakar kesihatan sekiranya berlanjutan atau pertimbangkan untuk sama ada menukar kerja atau pindah ke kawasan yang lebih dekat dengan pejabat.

    4. Peningkatan kebimbangan

    Laporan dari National Statistics di United Kingdom (UK) mendapati bahawa orang yang berulang-alik lebih daripada setengah jam untuk bekerja melaporkan tahap tekanan dan kebimbangan yang lebih tinggi daripada orang yang tidak perlu memandu dalam jarak jauh.

    Walaupun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk memendekkan perjalanan, anda boleh memanfaatkan masa pemanduan sepenuhnya dengan melakukan sesuatu seperti mendengar podcast, ceramah atau buku audio (audio book) yang menarik. 

    Muzik juga dikatakan dapat mengurangkan tekanan dan melegakan kebimbangan. Cari pilihan lagu yang bersesuaian untuk mengurangkan perasaan negatif ketika memandu.

    5. Kebahagiaan dalam kehidupan merosot

    Laporan yang sama dari UK mendapati bahawa orang yang berulang-alik dalam apa jua jarak mempunyai perasaan kurang bahagia dalam kehidupan. 

    Menaiki bas selama 30 minit atau lebih juga dikaitkan dengan tahap kebahagiaan hidup yang paling rendah. Jadi, tidak semestinya menaiki pengangkutan awam dapat mengurangkan tekanan.

    Meskipun anda bernasib baik dan berpeluang untuk berbasikal ke tempat kerja sambil menikmati pemandangan luar yang indah, tempoh berbasikal juga perlu diperhatikan sama ada ia berbaloi atau tidak.

    6. Menyebabkan sakit-sakit badan

    Menghabiskan masa berjam-jam setiap hari, duduk membongkok di kerusi kereta sama ada sebagai pemandu atau penumpang akan memberi kesan negatif pada postur badan.

    Pasti anda sering mengadu dan mengeluh sakit-sakit badan setelah memandu dalam jangka masa yang lama. Apa yang boleh dilakukan ialah cuba cari kusyen atau bantal yang membantu anda duduk dalam keadaan yang lebih selesa. 

    7. Tekanan darah meningkat sementara

    Berulang-alik ketika waktu sibuk terutamanya apabila dalam keadaan tergesa-gesa boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dalam tempoh sementara.

    Seorang penyelidik dari University of Utah membuat eksperimen di mana peserta diletakkan dalam pemanduan simulasi. Mereka diberitahu sudah lewat ke mesyuarat dan perlu sampai ke destinasi dalam keadaan segera.

    Separuh daripada peserta dimasukkan ke dalam simulasi trafik sesak dan separuh lagi memandu dalam trafik yang kurang sesak. Orang yang memandu dalam trafik yang sesak melaporkan mereka tertekan dan tekanan darah juga meningkat.

    Jika berasa seperti sentiasa tergesa-gesa, lebih baik jika anda memulakan perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 

    Walaupun anda tiba di tempat kerja sekitar waktu  yang sama, sekurang-kurangnya tidaklah terlalu tertekan kerana perlu menghadap trafik yang teruk. – RELEVAN

    Previous Article8 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 10 makanan kulit cantik, gebu dan awet muda

    Artikel berkaitan

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.