Facebook Twitter
    Trending
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Inflasi, pembunuh senyap kekayaan anda

    Inflasi, pembunuh senyap kekayaan anda

    By Umi FatehahNovember 20, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Inflasi, pembunuh senyap kekayaan anda. - GAMBAR HIASAN MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

    PERNAHKAH anda terfikir mengapa wang yang disimpan dengan bersungguh-sungguh terasa semakin kecil nilainya dari tahun ke tahun? 

    Dahulu, RM50 boleh memenuhi troli pasar raya tetapi sekarang jumlah itu hanya cukup untuk beberapa barang asas. Itulah kesan inflasi – dalam diam, menghakis kuasa beli tanpa disedari.

    Adakah inflasi bahaya?

    Inflasi tidak datang dengan tanda amaran atau kejatuhan dramatik seperti krisis ekonomi. Sebaliknya, ia berlaku dengan perlahan tetapi kesannya akan tetap menghentam. Inflasi akan mengurangkan kuasa beli wang dari semasa ke semasa.

    Sebagai contoh, jika kadar inflasi adalah 3 peratus setahun tetapi akaun simpanan anda hanya memberikan 2 peratus faedah, anda sebenarnya kehilangan 1 peratus setiap tahun. Ini bermakna, walaupun jumlah wang anda meningkat, nilainya dalam dunia sebenar semakin berkurangan. 

    Bagaimana inflasi mengubah kehidupan anda

    1. Harga barang meningkat

    Inflasi memberi kesan langsung pada harga barang dan perkhidmatan, menjadikan kos kehidupan semakin tinggi. Dari makanan asas seperti beras dan minyak masak hingga bil utiliti seperti elektrik dan air, semuanya meningkat sedikit demi sedikit. Apa yang dahulu dianggap mampu milik kini terasa membebankan.

    Contohnya, sepinggan nasi lemak yang dahulunya berharga RM1.50 kini boleh mencecah RM4. Begitu juga dengan kos bahan api yang menjadi semakin mahal sehingga mempengaruhi harga barang keperluan lain akibat peningkatan kos pengangkutan. 

    Keadaan ini tidak hanya menjejaskan individu, malah seluruh isi rumah terpaksa menyusun semula perbelanjaan mereka.

    1. Perubahan gaya hidup

    Kenaikan harga barang sering kali memaksa kita untuk mengubah cara kita berbelanja dan menjalani kehidupan. 

    Anda mungkin mula memilih tempat makan yang lebih murah, memotong bajet untuk hiburan atau percutian dan menangguhkan pembelian barang besar seperti telefon pintar atau perabot.

    Perubahan ini bukan hanya mempengaruhi gaya hidup, malah memberi kesan emosi terutamanya apabila anda terpaksa mengorbankan perkara yang dahulu menjadi sumber kebahagiaan atau keselesaan. 

    Dalam jangka masa panjang, ini boleh mewujudkan perasaan tekanan kewangan yang berterusan.

    1. Kuasa beli menyusut

    Walaupun jumlah simpanan anda terasa sudah cukup banyak, hakikatnya ia mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan hidup yang semakin meningkat. 

    Sebagai contoh, jika anda mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 hari ini, dengan kadar inflasi purata 3 peratus setahun, nilai kuasa beli wang tersebut akan susut hampir separuh dalam tempoh 20 tahun. 

    Ini bermaksud, jumlah wang yang sama tidak lagi mampu membeli barang dan perkhidmatan seperti sekarang.

    Lebih membimbangkan, jika simpanan anda tidak berkembang pada kadar yang sama atau lebih tinggi daripada inflasi, anda sebenarnya kehilangan peluang untuk melindungi kekayaan anda. 

    Dalam dunia yang terus berubah, bergantung kepada simpanan tunai sahaja tidak lagi mencukupi untuk mengekalkan gaya hidup yang selesa.

    Lindung simpanan dari inflasi

    Berita baiknya, anda tidak perlu hanya pasrah menerima nasib. Berikut adalah beberapa strategi untuk melindungi kekayaan anda daripada dimakan oleh inflasi:

    • Pelaburan

    Dalam jangka masa panjang, pelaburan dalam saham, hartanah dan emas adalah antara cara terbaik untuk melindungi nilai kekayaan daripada inflasi. 

    Saham memberikan pulangan yang mampu mengatasi inflasi kerana perniagaan boleh menyesuaikan harga produk mengikut kenaikan kos. Hartanah pula cenderung meningkat nilainya seiring inflasi, selain menjana pendapatan pasif melalui sewaan. 

    Sementara itu, emas kekal sebagai pelindung nilai terbaik kerana nilainya yang stabil dan tidak terjejas oleh penurunan mata wang. Gabungan aset ini menawarkan kestabilan dan potensi pertumbuhan meskipun dalam keadaan ekonomi mencabar.

    Pilih instrumen kewangan yang betul

    Akaun simpanan biasa mungkin kelihatan selamat, tetapi ia biasanya memberikan kadar faedah yang rendah dan tidak mencukupi untuk mengatasi inflasi. 

    Dalam jangka masa panjang, wang yang disimpan di akaun ini akan kehilangan nilainya secara perlahan-lahan. Oleh itu, pertimbangkan alternatif seperti akaun simpanan dengan kadar faedah tinggi, deposit tetap atau dana pasaran wang yang menawarkan pulangan lebih kompetitif. 

    Instrumen kewangan ini bukan sahaja lebih berkesan untuk melindungi kuasa beli anda tetapi juga membantu wang anda berkembang selari atau lebih tinggi daripada kadar inflasi.

    Jangan biarkan inflasi memakan hasil titik peluh anda. Kini adalah masa untuk bertindak dan melindungi masa depan anda. – RELEVAN

    Previous ArticleZeti Akhtar Aziz, gabenor bank wanita pertama Malaysia
    Next Article Baik buruk minum air reverse osmosis

    Artikel berkaitan

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026
    Artikel Terkini

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.