Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 azam tahun baharu untuk hidup lebih sihat, nombor 7 paling penting

    10 azam tahun baharu untuk hidup lebih sihat, nombor 7 paling penting

    By Zubaidah IbrahimDecember 28, 2022Updated:December 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    UBAH gaya hidup yang lebih sihat pada tahun baharu kerana kesihatan sangat bernilai.- GAMBAR HIASAN/PUWADON SANG-NGERN/PEXELS

    PERMULAAN tahun baharu adalah masa yang tepat untuk membuat perubahan gaya hidup sihat, meninggalkan tabiat buruk dan meningkatkan kesejahteraan anda.

    Ramai mengakui bahawa kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan sekiranya sudah dijangkiti penyakit tertentu mesti sangat sukar untuk kembali sihat seperti sedia kala.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan 10 langkah yang boleh diambil untuk hidup lebih sihat pada tahun 2023 dan mencapai matlamat kesihatan anda.

    1. Kurangkan berat badan

    Menurunkan berat badan adalah salah satu langkah terpenting yang boleh anda ambil ke arah kesihatan lebih baik.

    Berat badan yang diturunkan sebanyak lima hingga 10 peratus sudah membantu mengurangkan risiko keadaan kesihatan kronik seperti penyakit jantung, diabetes jenis 2 dan tekanan darah tinggi.

    Oleh itu, kuatkan semangat untuk meneruskan azam menurunkan berat badan kerana ia bukan sahaja membantu anda hidup lebih sihat, tetapi juga memperbaiki penampilan menjadi lebih menarik dan paling seronok dapat bergaya sakan tanpa memikirkan saiz baju.

    ARTIKEL BERKAITAN: Tidur nyenyak bantu pulihkan badan, kuatkan sistem imun – Relevan

     2. Amalkan pemakanan yang sihat

    Pemakanan yang sihat melibatkan dua aspek iaitu apa yang anda makan dan cara anda makan. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari adalah penting kerana hidangan itu rendah kalori dan lemak, tinggi serat, kaya dengan sumber vitamin serta mineral.

    Makanan yang mengandungi serat membuatkan anda berasa kenyang lantas membantu menurunkan berat badan.

    Selain itu, makan terlalu cepat boleh menyebabkan anda makan berlebihan, jadi makan dengan perlahan dan kunyah dengan berhati-hati.

    Ketika makan, otak anda mengambil masa sehingga 20 minit untuk menerima mesej daripada perut bahawa anda tidak lagi lapar, jadi berhenti makan sebelum kenyang.

    3. Kurangkan duduk, banyakkan bergerak

    Dalam usaha mencapai kesihatan yang lebih baik pada tahun hadapan, anda perlu banyak bergerak, lakukan senaman fizikal dan aktiviti kecergasan sama ada di dalam atau di luar rumah.

    Terdapat pelbagai aktiviti fizikal yang boleh dilakukan seperti berbasikal, joging dan mendaki.

    Cara mudah untuk menjadi aktif ialah kurangkan duduk dan banyakkan pergerakan. Naik tangga dan bukannya lif serta bersenam sambil menonton televisyen.

    4. Jadualkan pemeriksaan tahunan

    Pemeriksaan berkala sebagai langkah pencegahan penyakit membolehkan doktor anda mengenal pasti masalah kesihatan kecil sebelum ia menjadi lebih serius. Rawatan selalunya lebih berkesan apabila penyakit dikesan awal.

    Pastikan membuat pemeriksaan secara berkala walaupun anda berasa sihat.

    ARTIKEL BERKAITAN: Halia antikanser dan boleh kuruskan badan, pakar kongsikan 1001 manfaat halia – Relevan

    5. Ambil langkah untuk mengurangkan tekanan

    Pelajari cara menguruskan tekanan adalah sangat penting untuk menjaga diri anda dan mengekalkan kesihatan mental serta fizikal yang baik secara keseluruhan.

    Jika berasa tertekan, cuba lakukan aktiviti mudah seperti mengamalkan senaman pernafasan, berjalan-jalan atau mendengar muzik boleh membantu memulihkan ketenangan dalam hidup anda.

    Sekiranya tekanan itu menjadi semakin kronik, dapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar untuk melegakannya.

    6. Tidur berkualiti

    Tidur yang berkualiti dapat meningkatkan sistem imun anda dan menggalakkan kesejahteraan emosi dengan memberi masa kepada minda untuk berehat dan mengecas kembali tenaga.

    Mewujudkan rutin waktu tidur yang santai, mengehadkan masa di skrin sebelum tidur dan mewujudkan persekitaran tidur yang tenang boleh membantu anda mendapatkan tidur yang diperlukan.

    7. Hadkan masa di skrin

    Ramai orang bergantung kepada telefon dan komputer mereka untuk bekerja serta berhibur.

    Walau bagaimanapun, menurut beberapa kajian, menghabiskan terlalu banyak masa dengan peranti elektronik terutamanya melayari media sosial telah dikaitkan dengan kemurungan, kebimbangan dan kesunyian.

    Oleh itu, cuba kurangkan menatap skrin terlalu lama, dapatkan rehat dan tidur secukupnya.

    8. Ambil lebih banyak masa untuk me time dan amalkan penjagaan diri

    Memperuntukkan masa untuk diri sendiri (me time) bukanlah mementingkan diri sendiri. Malah, ia penting untuk kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.

    Ini sangat penting terutamanya bagi mereka yang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga seperti ibu bapa dan pekerja penjagaan kesihatan.

    Penjagaan diri pula tidak perlu rumit atau memakan masa lama. Sebagai contoh, anda menghadiri kelas yoga mingguan kegemaran, menyediakan hidangan yang sihat untuk diri sendiri, berjalan-jalan menikmati alam semula jadi atau tidur lebih lama.

    9. Cuba hobi baru

    Jadual kerja yang padat dan tanggungjawab semakin bertambah membuatkan ramai orang dewasa mengetepikan hobi kegemaran mereka.

    Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa melakukan hobi yang disukai boleh membantu memanjangkan usia dan hidup lebih sihat.

    10. Jaga kesihatan gigi

    Menjaga kesihatan mulut adalah azam baharu yang perlu diteruskan sepanjang hayat.

    Memberus gigi dan flos gigi dengan kerap boleh membantu mencegah masalah mulut seperti penyakit gusi dan nafas berbau.

    Selain itu, kebanyakan doktor gigi juga mengesyorkan pemeriksaan dan pembersihan sekurang-kurangnya sekali setahun.- RELEVAN

    Previous Article423 kes baharu Covid-19, 6 kematian dilaporkan semalam
    Next Article 4 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.