KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 450 kes semalam berbanding 609 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,023,999 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 655 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,968,709 kes.
Empat kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,835 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,849 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 13,818 kes dengan 12,888 kes atau 93.3 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 885 kes atau 6.4% pesakit dirawat di hospital, 25 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 20 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN