Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Awas penyakit berjangkit ketika banjir, ikuti tip daripada pakar kesihatan ini

    Awas penyakit berjangkit ketika banjir, ikuti tip daripada pakar kesihatan ini

    By Zubaidah IbrahimDecember 26, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JAGA kebersihan dan kesihatan ketika banjir, cegah penyakit berjangkit bawaan air.- GAMBAR HIASAN/FAISOL /MUSTAFA/KOSMO

    BANJIR bukan sahaja merosakkan harta benda, tetapi ia juga boleh mencetuskan penyakit dan meragut nyawa sekiranya tidak berjaga-jaga.

    Sampah sarap, lumpur, takungan najis dan kuman yang berada di dalam tanah akan keluar bersama-sama limpahan air banjir.

    Selain itu, banjir juga menyebabkan sumber air bersih tercemar dan mengganggu sistem perparitan serta kumbahan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Lindungi orang tersayang dan harta berharga ketika banjir – Relevan

    Menurut Pakar Mikrobiologi Klinikal dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr. Nurul Azmawati Mohamed, penyakit berjangkit lebih kerap berlaku semasa atau selepas banjir disebabkan beberapa faktor.

    NURUL AZMAWATI

    “Pertama, berkaitan dengan kulit. Luka pada kulit kerap berlaku dalam kalangan mangsa dan petugas semasa menyelamatkan diri atau ketika aktiviti pembersihan. Kulit yang luka mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan kemerahan serta bernanah.

    “Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Burkholderia pseudomallei perlu diberi perhatian kerana ia boleh menyebabkan jangkitan serius terutamanya penghidap kencing manis.

    “Bakteria berkenaan boleh didapati di tanah dan air yang tercemar terutama selepas hujan dan banjir,” katanya.

    Faktor kedua pula ialah berkaitan dengan pengambilan makanan dan minuman tercemar yang menyebabkan jangkitan gastroenteritis (sakit perut dan cirit-birit).

    Jangkitan ini agak kerap berlaku kerana kekurangan bekalan air bersih semasa banjir.  Antara bakteria penyebab ialah Salmonella sp dan E. coli 

    Selain itu, jangkitan Hepatitis A, kepialu dan taun juga turut dilaporkan.

    Ketiga, keadaan sesak di pusat pemindahan banjir memudahkan tersebarnya jangkitan pernafasan seperti batuk selesema, influenza dan juga Covid-19.

    Tambah beliau, selepas banjir surut, pengumpulan sampah yang banyak dan kawasan yang kotor juga menyumbang kepada kehadiran haiwan seperti tikus.

    ARTIKEL BERKAITAN: Saintis Rusia hidupkan virus haiwan purba, ancam kesihatan awam – Relevan

    Penyakit kencing tikus boleh berlaku disebabkan terdedah kepada najis tikus, air atau tanah yang tercemar dengan bakteria leptospira. 

    “Oleh kerana tempoh inkubasi yang panjang, gejala jangkitan hanya berlaku kira-kira selepas dua minggu. Air bertakung selepas banjir berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini meningkatkan risiko demam denggi.

    “Utamakan kebersihan diri dan pastikan makanan serta minumum tidak tercemar ketika munsim banjir untuk mengurangkan risiko dijangkiti penyakit bawaan air dan makanan,” jelasnya.

    Nurul Azmawati juga menasihati orang ramai agar tidak bermain dengan air banjir. 

    Jika perlu mengharungi air banjir untuk ke tempat selamat, pastikan memakai pakaian yang sesuai seperti baju lengan panjang, seluar panjang, pelindung wajah dan kasut bertutup bagi mengurangkan risiko air banjir atau kotoran terkena kulit dan memasuki mata.

    Sekiranya terdapat luka pada kulit, tutup dengan plaster kalis air atau plastik. Segera menukar pakaian yang terkena air banjir dan mandi.

    Pastikan air yang diminum bersih dan dimasak sempurna atau minum air yang dibotolkan. Sentiasa makan makanan yang dimasak dan masih panas.

    Jika makan buah, kupas kulit dan elakkan makan makanan mentah. Jaga kebersihan diri dan persekitaran.

    “Sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih, gunakan tandas yang dalam keadaan baik dan buang sampah di tempat yang betul. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, cirit-birit, muntah dan sebagainya.

    “Kebersihan dan keselamatan diri juga perlu dijaga semasa berada di pusat pemindahan. Keadaan yang sesak memudahkan penyebaran penyakit yang berjangkit melalui udara dan titisan pernafasan.

    “Jika mempuyai gejala batuk, pakailah pelitup muka. Tangan perlu kerap dibasuh terutama sekali setelah menggunakan tandas dan sebelum makan. Pastikan makan dan minum dari sumber yang dimasak sempurna dan bersih,” ulasnya.

    Setelah banjir surut, tibalah masanya untuk mencuci rumah dan kawasan sekitar. Kuman-kuman juga boleh terdapat pada lumpur.

    Justeru, orang ramai disarankan untuk menggunakan alat pelindung diri seperti but getah dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan.

    Sampah sarap perlu dibuang di tempat yang betul bagi mengelakkan risiko penyakit, pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain.

    Perlu juga dipastikan tiada tempat yang boleh menakung air seperti plastik dan tin-tin minuman.- RELEVAN

    Previous ArticleTiada kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article 450 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.