JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 609 kes semalam berbanding 816 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,023,519 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 737 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,972,691 kes dan tiada kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam.
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,831 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,849 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 13,997 kes dengan 13,229 kes atau 94.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 725 kes atau 5.2% pesakit dirawat di hospital, 24 kes atau 0.2% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 19 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN