JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,682 kes semalam berbanding 1,649 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,005,239 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,428 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,946,495 kes.
Enam kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiada kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,738 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,826 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,006 kes dengan 20,514 kes atau 93.2 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,401 kes atau 6.4% pesakit dirawat di hospital, 33 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 58 kes atau 0.3% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN