Facebook Twitter
    Trending
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Monkeypox kini dikenali sebagai mpox

    Monkeypox kini dikenali sebagai mpox

    By December 2, 2022Updated:December 3, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    WHO telah mengumumkan mpox sebagai nama baharu bagi wabak cacar monyet atau monkeypox.- GAMBAR HIASAN/STEFAMERPIK/FREEPIK

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan mpox sebagai nama baharu bagi wabak cacar monyet atau monkeypox bermula Isnin lalu.

    Menurut organisasi itu, kedua-dua nama tersebut akan digunakan serentak selama satu tahun manakala monkeypox bakal ditamatkan secara berperingkat.

    Nama monkeypox telah digunakan sejak tahun 1970 iaitu lebih sedekad selepas virus yang menyebabkan penyakit itu ditemui pada monyet dalam kurungan.

    “Cacar monyet mungkin tidak bermula pada monyet, puncanya masih tidak diketahui, malah virus itu juga boleh ditemui dalam beberapa jenis haiwan lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: Cacar monyet darurat global, lelaki gay paling berisiko – Relevan

    “Nama tersebut dicipta sebelum WHO menerbitkan amalan terbaik untuk menamakan penyakit pada tahun 2015,” kata organisasi itu.

    Sejak peningkatan wabak tersebut baru-baru ini, para saintis dan pakar telah mendesak agar nama itu ditukar bagi mengelakkan diskriminasi dan stigma yang menyebabkan orang ramai mengelakkan diri daripada membuat ujian serta mendapatkan vaksinasi.

    Stigma telah menjadi kebimbangan berterusan kerana wabak itu menjejaskan sebahagian besar lelaki yang melakukan hubungan seks sesama jenis.

    Berdasarkan data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa, orang kulit hitam dan hispanik telah terjejas secara tidak seimbang.

    “Kita mesti lakukan sesuatu untuk memecahkan halangan kepada kesihatan awam dan mengurangkan stigma yang dikaitkan dengan penyakit ini dalam usaha untuk menamatkan wabak mpox,” kata Setiausaha Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS, Xavier Becerra dalam satu kenyataan.

    Sementara itu, Pesuruhjaya Kesihatan New York City, Dr. Ashwin Vasan juga telah menghantar surat kepada WHO untuk menggesa organisasi itu supaya bertindak segera menukar nama baharu.

    Pada Ogos lalu, WHO menggalakkan orang ramai mencadangkan nama baharu untuk cacar monyet dengan mengemukakan cadangan itu di laman webnya.

    WHO memaklumkan bahawa, proses perundingan nama baharu itu turut melibatkan pakar daripada jawatankuasa penasihat perubatan, saintifik, klasifikasi dan statistik yang terdiri daripada wakil pihak berkuasa kerajaan dari 45 negara berbeza.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang anda perlu tahu tentang monkeypox? – Relevan

    “Isu penggunaan nama baharu dalam bahasa berbeza telah dibincangkan secara meluas. Istilah pilihan mpox boleh digunakan dalam bahasa lain,” jelas WHO dalam kenyataannya.

    Ujar organisasi kesihatan dunia itu, cacar monyet akan kekal boleh dicari dalam Klasifikasi Penyakit Antarabangsa untuk membolehkan akses kepada maklumat bersejarah dalam tempoh satu tahun sebelum ia dikemaskini kepada nama baharu, mpox.

    ARTIKEL BERKAITAN: Adakah monkeypox boleh bertahan dan membiak di atas permukaan? – Relevan

    Setakat ini, lebih 81,000 kes cacar monyet telah dicatatkan dan hanya 110 kes dilaporkan kepada WHO.

    “Risiko global kekal sederhana manakala di Afrika Barat dan Tengah, wabak itu terus memberi kesan terutamanya kepada lelaki yang melakukan hubungan seks sesama jenis,” terang WHO.-RELEVAN

    featured monkeypox nama baru WHO

    Artikel berkaitan

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.