Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah monkeypox boleh bertahan dan membiak di atas permukaan?

    Adakah monkeypox boleh bertahan dan membiak di atas permukaan?

    By Umi FatehahAugust 31, 2022Updated:February 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan cacar monyet atau monkeypox sebagai Kecemasan Kesihatan Dunia. - Gambar oleh Utusan

    PADA Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan cacar monyet atau monkeypox sebagai Kecemasan Kesihatan Dunia.  

    Merujuk kepada laman web Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, setakat 29 Ogos 2022 terdapat 48,844 kes monkeypox dicatatkan di seluruh dunia.  Kadar kematian disebabkan oleh penyakit ini mencatatkan sebanyak 15 kes.

    Menurut Healthline, baru-baru ini CDC telah menjalankan sebuah kajian di rumah dua orang pesakit cacar monyet.  Matlamat kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti sama ada penyakit ini boleh hidup dan merebak di atas permukaan perkakasan rumah seperti perabot, almari dan sebagainya.

    Dengan menggunakan ujian Polymerase Chain Reaction (PCR), kajian mendapati sebanyak 70% permukaan yang diuji telah tercemar dengan virus itu.

    Kedua-dua individu yang dijangkiti itu dikatakan tinggal bersama tanpa rakan serumah lain dan telah mengasingkan diri di rumah selama 20 hari sebelum ujian pensampelan dilakukan. 

    Mereka mengalami simptom seperti kelesuan dan sakit badan lapan hari selepas mula menunjukkan gejala cacar monyet.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang anda perlu tahu tentang Monkeypox

    Utah Department of Health and Human Services (UDHHS) menerima laporan daripada The Salt Lake County Health Department mengenai dua individu yang dijangkiti tersebut dan turut bekerjasama dalam kajian ini.

    UDHSS mengutip sampel pada perkakasan rumah pesakit yang dikategorikan sebagai permukaan yang sering disentuh. Sebelum itu, pesakit juga menceritakan bahawa mereka sering melakukan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman sepanjang mereka dijangkiti virus ini. 

    Daripada 30 spesimen yang dilakukan, sebanyak 21 spesimen iaitu bersamaan dengan 70 peratus menunjukkan keputusan positif.  Walau bagaimanapun, tiada satu pun daripada spesimen tersebut mengandungi virus hidup.

    “Ketidakupayaan untuk mengesan virus yang masih aktif menunjukkan bahawa virus berkemungkinan telah hilang kadar kereaktifan dari semasa ke semasa atau melalui penyahaktifan kimia semasa kerja pembersihan dilakukan,” jelas Perkhidmatan Perisikan Epidemik di CDC, Jack A. Pfeiffer.

    Pengarah Kesihatan Global untuk Northwell Health di New York, Dr Eric Cioe-Peña berkata kepada Healthline bahawa implikasi kepada hasil kajian ini adalah masih ‘tidak jelas.’

    Peña menekankan bahawa penting untuk individu yang dijangkiti mengehadkan hubungan ke ruang komunal iaitu ruang kegunaan bersama seperti lif, tangga dan dewan selama tiga hingga empat minggu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Wabak cacar monyet mustahil cetuskan pandemik, ikuti penjelasan pakar ini

    “Setakat ini, hasil kajian hanya dapat membuktikan bahawa virus cacar monyet boleh dijumpai di permukaan dan peralatan yang sering digunakan.  

    “Namun, untuk membuktikan kedayaupayaan virus yang dijumpai boleh merebak dan membiak, kita masih perlu melakukan beberapa kajian dengan lebih teliti,” jelas Peña.

    Pengarah Kesihatan Global itu juga menambah bahawa kadar penularan antara ahli isi rumah masih di bawah 10% jika ahli isi rumah tidak melakukan apa-apa hubungan intim.

    Satu lagi kajian yang dijalankan oleh CDC menemukan bahawa virus ini masih boleh dikesan walaupun permukaan tersebut sudah dibersihkan. Bagaimanapun, virus yang dapat dikesan itu telah mati atau sudah lemah dan tidak berupaya untuk membiak.

    Pakar berpendapat bahawa kerja pembasmian kuman di ruang awam tidak perlu ditingkatkan kerana setakat ini masih belum ada kes jangkitan daripada kontak kasual. – RELEVAN

    featured kesihtan monkeypox
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.