Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baik buruk bekerja di sektor ekonomi gig

    Baik buruk bekerja di sektor ekonomi gig

    By Umi FatehahDecember 2, 2022Updated:December 2, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Baik buruk bekerja di sektor ekonomi gig. - GAMBAR HIASAN MUHAMAD IQBAL ROSLY

    MENURUT kamus Cambridge, ekonomi gig merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan secara bebas iaitu tanpa bergantung kepada mana-mana majikan atau syarikat. 

    Kebiasaannya, pekerjaan di bawah ekonomi gig ini dilakukan hanya sebagai pekerjaan sementara, sampingan, kontrak atau bebas. 

    Contoh pekerjaan di bawah ekonomi gig termasuk pekerja bebas (freelancer), kontraktor bebas, pemandu e-hailing atau p-hailing dan pekerja sambilan. 

    Ekonomi gig mempunyai banyak faedah untuk kedua-dua pekerja dan majikan. Majikan mempunyai akses kepada pelbagai jenis bakat dan khidmat yang mereka boleh dapatkan. 

    Sekiranya pekerja yang diambil kurang memuaskan, tidak ada kontrak untuk mengekalkan pekerja atau isu untuk melepaskan mereka. 

    Di samping itu, pada ketika syarikat kekurangan pekerja sepenuh masa, majikan boleh mengupah pekerja ekonomi gig. Pengambilan pekerja gig juga boleh meringankan kos perbelanjaan syarikat kerana tidak perlu membayar insurans kesihatan atau faedah-faedah pekerja lain. 

    Bagi pekerja, faedah ekonomi gig termasuk mempunyai pilihan untuk melakukan pelbagai kerja, bebas bekerja di mana-mana sahaja bergantung kepada pekerjaan tertentu. 

    Selain itu, waktu kerja bagi pekerja jenis ini juga bebas dan fleksibel. Justeru, anda bebas mengatur jadual harian kerja masing-masing.

    Walaupun terdapat pelbagai faedah bekerja dalam industri ini, terdapat beberapa kelemahan bekerja dalam dunia ekonomi gig.

    Meskipun tidak semua majikan cenderung untuk mengambil pekerja kontrak, trend ekonomi gig boleh menyukarkan pekerja sepenuh masa untuk berkembang dalam kerjaya mereka kerana bayaran pekerja sementara selalunya lebih murah dan lebih fleksibel.

    Bagi sesetengah pekerja, fleksibiliti bekerja secara bebas sebenarnya boleh mengganggu keseimbangan kehidupan dan kerja (work-life balance), corak tidur dan aktiviti kehidupan seharian. 

    Fleksibiliti dalam ekonomi gig selalunya bermakna pekerja perlu sentiasa berada dalam keadaan bersedia tanpa mengira masa atau keperluan lain dan perlu memburu kerja seterusnya untuk terus kekal relevan dalam industri.

    Walau bagaimanapun, oleh kerana pekerjaan gig ekonomi bukan pekerjaan tetap, pendapatan yang diperoleh pada setiap bulan juga tidak menentu. 

    Selain itu, pekerjaan gig ekonomi tidak menyediakan faedah pekerja. Sebagai contoh, faedah kesihatan dan insurans. 

    Proses pengurusan cukai juga agak rumit kerana anda perlu menguruskan semuanya sendiri, tidak seperti pekerjaan tetap yang kebiasaannya syarikat akan menguruskan semuanya untuk anda. 

    Jika anda mempunyai pertimbangan untuk menceburi pekerjaan dalam ekonomi gig, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian sebelum membuat keputusan.

    Perhatikan gaji dan upah yang ditawarkan

    Kadar upah dan pembayaran boleh berubah-ubah mengikut lokasi, khidmat dan beban kerja yang dilakukan. 

    Anda mempunyai kebebasan untuk memilih jenis khidmat dan upah yang anda kehendaki. Jadi, buat pilihan yang wajar dan berbaloi. Tetapi, jangan teralu memilih kerana khuatir akhirnya tidak ada wang yang cukup untuk menampung kehidupan. 

    Berhati-hati dengan kos tersembunyi

    Biarpun bekerja dalam ekonomi gig merupakan salah satu cara mudah untuk mendapatkan wang, tetapi jangan terlepas pandang kos-kos tersembunyi seperti minyak, tol, makan dan minum. 

    Sesetengah syarikat memberikan insentif elaun untuk minyak kereta, insurans dan faedah kesihatan yang lain. Oleh kerana anda bekerja bebas dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat, semua kos-kos tersebut perlu ditangguh sepenuhnya sendiri.

    Cukai

    Secara tradisinya, majikan akan menguruskan perihal cukai pekerja.

    Namun, keadaan berbeza untuk pekerja gig ekonomi karena kebanyakan mereka perlu menyelesaikannya sendiri.

    Bina cukai bekerja anda sendiri ke dalam belanjawan anda supaya tidak menghadapi bil mengejut apabila tiba masa untuk memfailkannya.

    Berhati-hati dengan scammer

    Berhati-hati dengan tawaran pekerjaan palsu. Sekiranya anda mendaftar pekerjaan gig di bawah ejen atau mana-mana aplikasi dan laman web yang meminta anda untuk memberikan wang pendahuluan, jangan terpedaya.

    Dalam situasi lain, sekiranya mereka menawarkan bayaran upah terlalu tinggi daripada kemahiran dan pengalaman anda, itu juga mungkin menjadi salah satu bentuk penipuan. 

    Ingat, jika ia kelihatan terlalu indah untuk menjadi kenyataan, jangan terus terpedaya. – RELEVAN 

    Previous Article2,375 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    Next Article Monkeypox kini dikenali sebagai mpox

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.