Facebook Twitter
    Trending
    • Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO
    • Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…
    • Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama
    • Jangan simpan ini dalam kereta!
    • SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

      February 10, 2026

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

      February 10, 2026

      Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

      February 9, 2026

      Jangan simpan ini dalam kereta!

      February 9, 2026

      SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

      February 9, 2026

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip tabiat snek sihat ketika menonton bola sepak

    5 tip tabiat snek sihat ketika menonton bola sepak

    By Zubaidah IbrahimNovember 29, 2022Updated:May 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENONTON perlawanan bola sepak cukup sinonim dengan sesi makanan ringan sehingga lewat malam bersama keluarga, kawan mahupun pencinta bola sepak.- GAMBAR HIASAN/GPOINTSTUDIO/FREEPIK

    DEMAM bola sepak kembali lagi apabila tanggal 20 November lalu membuka tirai Piala Dunia Qatar 2022 yang menyaksikan pertarungan hebat pasukan terkemuka dunia.

    Menonton perlawanan bola sepak cukup sinonim dengan sesi makanan ringan sehingga lewat malam bersama keluarga, kawan mahupun pencinta bola sepak.

    Ketua Nutrisi SEA di Mondelēz International, Lim Chain Yin berkata, menurut satu kajian, kita cenderung makan secara berlebihan apabila kurang memberi perhatian, bosan atau tertekan. 

    CHAIN YIN

    “Semasa musim Piala Dunia ini, kita pasti asyik bersorak untuk pasukan kegemaran, namun jangan lupa memberi perhatian kepada pemakanan yang diambil.

    “Hakikatnya, snek bukanlah sesuatu yang buruk, namun cara anda menikmatinya adalah sangat penting,” katanya.

    Sehubungan itu, Chain Yin berkongsi lima tip tabiat snek sihat dan bijak yang mudah untuk diamalkan sepanjang musim Piala Dunia 2022.

    1. Bahagikan snek kepada beberapa porsi

    Bahagikan snek kepada dua atau tiga porsi, ini akan menggalakkan makan dengan lebih perlahan.

    Sambil menikmati snek, peka kepada keperluan tubuh dan perasaan anda. Tanya diri sama ada sudah berasa kenyang dan berpuas hati sebelum menghabiskan porsi yang lain. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 inisiatif untuk kesihatan dalam Bajet 2023 – Relevan

    Pastikan anda juga peka terhadap saiz hidangan setiap bungkusan snek dengan memasukkannya ke dalam mangkuk atau pinggan untuk mendapatkan gambaran visual.

    2. Ubah pilihan snek anda

    Ketika menyaksikan perlawanan pada larut malam, nafsu makan anda mungkin hadir walaupun selepas makan malam. 

    Tetapi, ingatlah yang tubuh anda perlu bekerja lebih keras (ketika tidur) jika makan terlalu lewat. Pilih snek yang lebih ringan dan dapat memberikan tenaga, namun tidak susah dihadam seperti kekacang atau buah. 

    3. Nikmati setiap kunyahan

    Menikmati snek sambil melakukan aktiviti lain seperti menonton perlawanan boleh sepak boleh membawa kepada tabiat makan berlebihan. 

    Jadi, nikmatilah snek anda dengan semua deria-deria tubuh. Bagi meningkatkan kepuasan menikmati snek, tumpukan perhatian anda kepada bau, rasa, tekstur, bentuk dan warna makanan. 

    Kunyah makanan perlahan-lahan dan dengan suapan yang kecil sebelum kunyahan yang seterusnya.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 bentuk pemerintahan di dunia – Relevan

    4. Jauhkan snek dari pandangan dan capaian

    Ketika menyaksikan perlawanan di rumah, pastikan snek anda jauh dari pandangan dan capaian tangan. Ini dapat mengelakkan anda daripada terus makan tanpa henti dan akhirnya terlebih makan tanpa menyedarinya.

    5. Minum lebih banyak air

    Pastinya sudah banyak kali kita dengar nasihat ‘minum banyak air’. Sebenarnya, otak sentiasa memperdayakan kita untuk makan lebih, tetapi ia mungkin sekadar tindak balas tubuh apabila dahaga.

    Oleh itu, minum segelas air dan tunggu beberapa minit sebelum menentukan sama ada anda benar-benar lapar atau tidak.

    Amalan snek bijak merupakan cara mudah untuk memenuhi keperluan tubuh anda tanpa rasa bersalah. 

    Ia boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja, tidak kira di mana jua, bentuk makanan yang diambil dan usia.- RELEVAN

    Previous Article5 tanda anda masih belum bersedia untuk bersara
    Next Article 17 janji kewangan terbaik dalam manifesto PH dan BN yang wajib dilaksana

    Artikel berkaitan

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026
    Artikel Terkini

    Ada satu jenis darah ‘rare’ selain kumpulan ABO

    February 10, 2026

    Tabiat telan ‘painkiller’ boleh bawa kepada…

    February 10, 2026

    Bagaimana jadikan cuti terasa lebih lama

    February 9, 2026

    Jangan simpan ini dalam kereta!

    February 9, 2026

    SMT SE didik pelajar fahami perbezaan gurauan dan buli

    February 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.