Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 inisiatif untuk kesihatan dalam Bajet 2023

    10 inisiatif untuk kesihatan dalam Bajet 2023

    By October 7, 2022Updated:October 7, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KERAJAAN memperuntukkan 36.1 bilion ringgit Bajet 2023 untuk kesihatan.-Foto oleh KAROLINA GRABOWSKA/PEXELS

    MENURUT data Bank Dunia, jumlah perbelanjaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah setara dengan negara jiran yang lain iaitu sekitar empat peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

    Untuk tahun 2023, Kementerian Kesihatan menerima peruntukan 36.1 bilion ringgit berbanding 32.4 bilion ringgit tahun lalu, iaitu antara peningkatan peruntukan terbesar berbanding kementerian lain.

    Sehubungan itu, RELEVAN perincikan perbelanjaan kesihatan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  hari ini.

    • Perolehan ubat dan vaksin

    Sejumlah 4.9 bilion ringgit turut disediakan bagi menampung perolehan seperti ubat, reagen, vaksin dan bahan guna habis iaitu meningkat 12 peratus (%) berbanding tahun 2022.

    •     Baik pulih Fasiliti klinik

    Kerajaan menyediakan 420 juta ringgit untuk pembaikan hospital dan klinik daif serta penggantian peralatan usang dengan keutamaan diberikan kepada fasiliti kesihatan pedalaman Sabah dan Sarawak.

    Tahun hadapan, beberapa projek pembinaan hospital, klinik dan fasiliti baharu akan dilaksanakan termasuk perolehan peralatan dengan kos hampir 1.8 bilion ringgit.

    •     Kesihatan mental

    Bagi menerajui agenda kesihatan mental, kerajaan bercadang untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan.

    Pusat ini bertindak sebagai penggerak bersepadu antara semua pihak bagi kesejahteraan kesihatan mental rakyat di bawah payung MyMYNDA dengan peruntukan 34 juta ringgit

    •     Kesihatan pergigian

    Bagi menyokong Dasar Kesihatan Pergigian Kebangsaan, skop pelepasan cukai pendapatan ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak akan diperluas meliputi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian terhad sehingga 1,000 ringgit mulai tahun taksiran 2023.

    PERBELANJAAN pemeriksaan dan rawatan pergigian terhad sehingga 1,000 ringgit mulai tahun taksiran 2023.-GAMBAR HIASAN/NDREA PIACQUADIO/PEXELS

     

    •     Mesin cetak 3D

    Sebanyak 10 juta ringgit disediakan untuk perolehan 10 unit mesin cetak 3D bagi penghasilan dentur yang dapat mengurangkan waktu lawatan pesakit ke klinik pergigian kerajaan daripada lima kali kepada hanya dua kali.

    •     Penyakit jarang jumpa (rare disease)

    Untuk menampung kos rawatan penyakit jarang jumpa yang kian meningkat, kerajaan akan meningkatkan peruntukan penyakit jarang jumpa kepada 25 juta ringgit.

    Pada Julai 2022, kerajaan turut menubuhkan satu Akaun Amanah bagi Rawatan Penyakit Jarang Jumpa untuk membolehkan semua pihak menyalurkan sumbangan.

    Sumbangan kepada tabung ini akan diberi potongan cukai bersamaan jumlah sumbangan sebenar.

    •     Saringan penyakit untuk B40

    Kerajaan akan mempergiatkan agenda saringan rakyat melalui skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) yang disediakan sebanyak 80 juta ringgit termasuk untuk saringan penyakit kencing manis.

    Selain itu, Program Saringan Kesihatan PERKESO juga akan ditambah baik sebagai langkah awal mengesan dan mencegah penyakit kritikal seperti kanser dan sakit jantung.

    Program ini dibuka kepada 2.3 juta pekerja berdaftar di bawah Skim Keilatan PERKESO dengan peruntukan 80 juta ringgit.

    SEBANYAK 80 juta ringgit termasuk untuk saringan penyakit kencing manis diperuntukkan oleh kerajaan untuk Kumpulan B40.- Foto oleh ARTEM PODREZ/PEXELS
    •     MySalam

    Sejak 2019, MySalam telah meluluskan tuntutan berkaitan penyakit kritikal dan hospitaliti berjumlah 734 juta ringgit kepada 1.5 juta individu B40.

    Ini termasuk 500 ribu individu yang menerima pampasan disebabkan Covid-19 dengan nilai keseluruhan 330 juta ringgit.

    Sehubungan itu, pelaksanaan MySalam diteruskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sepanjang tahun 2023. 

    Baucar Perlindungan Tenang telah memanfaat lebih 3 juta penerima BKM dan akan diteruskan melalui kaedah perkongsian kos. Ia turut diperluas kepada pembelian produk perlindungan bencana banjir untuk rumah kediaman.

    •     Kumpulan Wang Amanah Negara

    Kumpulan Wang Amanah Negara berdasarkan Akta KWAN 1988 diwujudkan dengan mandat untuk menjana sumber pendapatan berterusan demi faedah negara dan generasi akan datang.

    Selaras dengan tujuan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sehingga 6 bilion ringgit untuk vaksin Covid-19.

    Setakat 30 September 2022, sebanyak lima bilion ringgit telah dibelanjakan untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

    Kerajaan ingin memberi jaminan bahawa peruntukan stok vaksin masih mencukupi bagi mereka yang ingin mendapatkan vaksin dostambahan pada tahun 2023.

    •     Saringan kanser wanita

    Berdasarkan Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2012-2016, kanser payudara merupakan bentuk kanser utama dalam kalangan wanita yang menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah kes.

    Tahun hadapan, kerajaan akan memperbanyak ujian saringan melalui subsidi ujian mamogram dan program saringan kanser serviks kepada kaum wanita dengan peruntukan 11 juta ringgit.-RELEVAN

    Bajet 2023 featured kesihatan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.