Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 perkara yang anda perlu tahu pada hari mengundi

    7 perkara yang anda perlu tahu pada hari mengundi

    By Umi FatehahOctober 26, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    7 perkara yang anda perlu tahu pada hari mengundi. - Gambar Hiasan oleh Utusan

    BARU-baru ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya ke-15 (PRU15) buat perhatian seluruh rakyat Malaysia.

    Menurut SPR, tarikh pe­namaan calon adalah pada 5 November (Sabtu) dan hari me­ngundi awal pula akan diadakan pada 15 November manakala 19 November pula ditetapkan sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (PRK DUN) Bugaya, Sabah.

    Bagi yang masih tidak tahu mahu undi siapa, anda dinasihatkan untuk memeriksa pencapaian, kredibiliti dan rekod calon-calon sebelum mengundi. 

    Perlu diingatkan, undian anda akan menentukan parti atau gabungan parti mana yang akan memerintah negara dan bukannya perlu menentukan calon yang bakal menduduki kerusi Parlimen di kawasan anda sahaja.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 jawapan untuk mereka yang masih keliru tentang pilihan raya

    Selain melakukan pembacaan dan penyelidikan yang teliti untuk mengundi calon yang paling sesuai dan berkaliber, terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan pada hari mengundi.

    Relevan menulis panduan ini dengan harapan ia dapat membantu rakyat Malaysia lebih bersedia dan cakna tentang apa yang perlu dilakukan pada hari penting itu, lebih-lebih lagi buat individu yang pertama kali mengundi.

    1. Semak status pendaftaran

    Warganegara Malaysia yang telah berdaftar sebagai pemilih dan namanya direkodkan dalam Daftar Pemilih, boleh membuat semakan status pendaftaran untuk mengetahui lokasi mengundi.

    Semakan boleh dilakukan di laman web MySPRSemak. Anda hanya perlu memasukkan sama ada nombor kad pengenalan, nombor perkhidmatan tentera atau nombor perkhidmatan polis. 

    Kemudian, masukkan aksara sekuriti captcha untuk pengesahan. 

    Selepas itu, maklumat berkaitan lokaliti, daerah mengundi, DUN, Parlimen dan Negeri akan terpapar di skrin. 

    Ambil perhatian dengan lokasi anda mengundi. Sekiranya berada di perantauan, anda dikehendaki untuk pulang ke lokasi yang ditetapkan bagi menjalankan tanggungjawab.

    Contoh status pendaftaran dan lokasi mengundi

    ARTIKEL BERKAITAN: 15 maklumat penting tentang PRU15

    1. Bawa dokumen penting

    Semasa hari mengundi, anda perlu bawa bersama dokumen penting iaitu sama ada My Kad atau kad pengenalan lama atau kad pengenalan plastik biru. 

    Jika kehilangan kad pengenalan, pemilih berdaftar juga boleh mengemukakan Resit JPN.KP 9 atau Resit JPN.KP11 yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. 

    Dokumen-dokumen lain yang boleh diterima sebagai bukti pengenalan diri ialah pasport malaysia, lesen memandu yang bergambar atau kad rasmi pengenalan diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar pemegangnya.

    1. Datang awal

    Anda dinasihatkan untuk datang awal ke lokasi mengundi masing-masing. Hal ini kerana pada hari kejadian, pasti beribu-ribu rakyat akan turun padang untuk mengundi. 

    Kebiasaannya, masa untuk mengundi bagi kebanyakan tempat mengundi ialah bermula jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang di Semenjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang di Sabah dan Sarawak. 

    Bagaimanapun, terdapat juga saluran yang ditutup lebih awal bergantung kepada keadaan geografi, jumlah pengundi dan faktor-faktor lain.

    ARTIKEL BERKAITAN: Perubahan politik, lompat-melompat dan pertukaran kerusi sejak PRU14 sehingga Langkah Sheraton

    1. Dapatkan slip saluran pengundi

    Di pusat mengundi iaitu sama ada bangunan sekolah, dewan, balai raya, khemah dan  sebagainya mempunyai beberapa saluran mengundi. 

    Pelbagai saluran disediakan untuk menampung jumlah pengundi berdaftar yang ramai di kawasan tersebut dan bagi mengelakkan kesesakan. 

    Saluran mengundi bagi pengundi biasa, SPR menetapkan tidak lebih daripada 750 nama pengundi. 

    Anda perlu dapatkan slip saluran pengundi untuk mengetahui anda diagihkan di saluran yang mana. 

    Selepas sudah mengetahui nombor saluran, pengundi boleh terus ke saluran yang ditetapkan. 

    1. Kenal pasti saluran masing-masing

    Pada hari pengundian, SPR menyediakan saluran khas, iaitu Saluran 1. Saluran 1 dikhaskan untuk warga emas beratur. 

    Manakala bagi wanita yang mengandung dan pengundi kurang upaya, Ketua Tempat Mengundi diberi kuasa untuk memberi keutamaan kepada mereka untuk masuk ke tempat mengundi dengan mudah. 

    Hal ini untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjaga.

    Bagi pengundi biasa, semak saluran yang diberikan dan beratur dengan tertib. 

    Anda juga diingatkan untuk menjaga disiplin dan kelakuan masing-masing agar tidak mencetuskan kekecohan. 

    Walaupun berbeza fahaman politik, jangan gadaikan keharmonian dan kesantunan bahasa sebagai rakyat Malaysia. Hormat-menghormati sesama kita.

    1. Celup dakwat kekal
    Penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya adalah bertujuan untuk mengelakkan pengundian dua kali. – Gambar oleh Fariz Rusadio/Utusan

    Tibanya giliran, anda akan dibenarkan masuk dan serahkan dokumen pengenalan diri bersama-sama slip semakan kepada Kerani Pengundi Pertama (KP1) untuk mereka rekodkan kehadiran.

    Setelah dokumen disemak, Kerani Pengundi Kedua (KP2) akan mencelup jari telunjuk kiri di dalam dakwat kekal untuk menandakan bahawa anda sudah hadir mengundi. 

    Penggunaan dakwat kekal semasa pilihan raya adalah bertujuan untuk mengelakkan pengundian dua kali. 

    Pengundi perlu dicelupkan dahulu jari telunjuk kirinya dengan dakwat sebelum diberikan kertas undi.

    1. Mula mengundi

    Anda kemudian dikehendaki untuk bergerak ke Kerani Pengundi Ketiga (KP3) untuk mendapatkan kertas undi. 

    Setelah mendapatkan kertas undi, terus bergerak ke petak mengundi dan tandakan ‘X’ di ruang bersebelahan logo parti.

    Peringatan buat semua, pastikan pilih satu calon sahaja. Sekiranya menanda lebih daripada satu calon, ia akan diklasifikasikan sebagai undi rosak. 

    Satu undian daripada anda sangat-sangat berharga demi menentukan masa depan negara. 

    Oleh itu, jadi rakyat yang bertanggungjawab dan salurkan undian secara berhemah. 

    Dakwaan tidak dibenarkan menggunakan pen adalah tidak benar. Setiap kawasan mengundi akan disediakan pen dan pensil untuk kemudahan dan keselesaan para pengundi.

    Setelah selesai mengundi, kertas mengundi perlu dilipat dua kali sebelum dimasukkan ke dalam peti undi. Kemudian, terus keluar daripada kawasan mengundi untuk memberi ruang kepada pengundi-pengundi lain dan bagi mengelakkan kesesakan.

    Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia dan turun ke medan masing-masing untuk mengundi.

    Pastikan buat pemilihan yang betul demi masa hadapan negara yang lebih cerah dan terjamin agar nasib kita sebagai rakyat terbela. – RELEVAN

    Previous Article1,935 kes sembuh Covid-19 semalam
    Next Article 11 ciri pekerja bermasalah

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.