JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,618 kes semalam berbanding 2,256 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,880,005 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,841 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,816,262 kes.
Sebanyak empat kematian Covid-19 dilaporkan semalam manakala dua daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,444 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,753 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,299 kes dengan 26,186 kes atau 95.9 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,066 kes atau 3.9% pesakit dirawat di hospital, 29 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 18 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN