Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    Tanda kolesterol tinggi pada wajah

    By Umi FatehahJanuary 23, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Xanthelasma. - GAMBAR WIKIPEDIA

    KOLESTEROL tinggi sering digelar pembunuh senyap kerana ia jarang menunjukkan tanda jelas pada peringkat awal. Ramai hanya menyedari mereka berdepan masalah ini selepas menjalani ujian darah, bukan kerana sakit atau perubahan ketara pada tubuh.

    Menurut Medical News Today, dalam keadaan tertentu, paras kolesterol atau trigliserida yang terlalu tinggi boleh menyebabkan perubahan kecil pada wajah dan sekitar mata. Walaupun kes ini tidak biasa, ia boleh menjadi petunjuk awal bahawa sesuatu tidak kena dengan tahap lemak dalam darah.

    Laporan Medical News Today memberikan tanda-tanda yang mungkin muncul pada wajah serta apa yang perlu anda tahu tentang pemeriksaan dan rawatan kolesterol tinggi.

    1. Tompok kekuningan pada kelopak mata (Xanthelasma)

    Xanthelasma. – GAMBAR WIKIPEDIA

    Antara tanda yang paling sering dikaitkan dengan kolesterol tinggi ialah tompok atau benjolan kecil berwarna kekuningan pada kelopak mata, dikenali sebagai xanthelasma.

    Kebiasaannya muncul di bahagian atas atau bawah kelopak mata, atau di sudut mata. Benjolan ini tidak sakit dan terasa lembut hingga sedikit pejal apabila disentuh.

    Xanthelasma terjadi akibat pengumpulan kolesterol di bawah permukaan kulit. Walaupun ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah kolesterol, tidak semua individu yang mengalaminya mempunyai paras kolesterol tinggi. 

    Namun begitu, doktor lazimnya akan mencadangkan ujian darah untuk memeriksa profil lipid jika seseorang mempunyai simptom ini.

    1. Lingkaran kelabu putih di sekeliling kornea (Corneal Arcus)

    Corneal Arcus. – GAMBAR WIKIPEDIA

    Satu lagi perubahan yang boleh berlaku ialah kewujudan lingkaran kelabu atau putih mengelilingi kornea mata. 

    Lingkaran ini terbentuk akibat pemendapan lemak di sekitar kornea. Ia lebih kerap berlaku dalam kalangan warga emas dan tidak semestinya menandakan kolesterol tinggi.

    Namun, jika ia muncul pada individu yang lebih muda terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga hiperkolesterolemia (gangguan genetik kolesterol tinggi), ia boleh menjadi petunjuk kepada paras kolesterol yang sangat tinggi dan memerlukan pemeriksaan lanjut.

    1. Benjolan lemak pada kulit (Xanthoma)

    Xanthoma. – GAMBAR WIKIPEDIA

    Selain xanthelasma, ada keadaan dipanggil xanthoma iaitu benjolan bertekstur lilin yang terbentuk akibat pengumpulan kolesterol di bawah kulit.

    Benjolan ini boleh muncul di pelbagai bahagian badan termasuk tangan, kaki, bahu dan punggung. Dalam kes tertentu, ia juga boleh muncul pada wajah walaupun lebih jarang.

    Terdapat satu bentuk dikenali sebagai eruptive xanthoma yang biasanya kelihatan seperti benjolan kecil berwarna merah jambu, kekuningan atau kemerahan. Ia boleh terasa gatal dan sering dikaitkan dengan paras trigliserida yang sangat tinggi atau diabetes yang tidak terkawal.

    Jika tidak dirawat, keadaan ini boleh meningkatkan risiko komplikasi serius seperti pankreatitis dan penyakit kardiovaskular.

    Ujian kolesterol

    Majoriti individu dengan kolesterol tinggi tidak mempunyai sebarang simptom fizikal. Satu-satunya cara untuk mengetahui paras kolesterol adalah melalui ujian darah yang dipanggil lipid panel. 

    Ujian itu mengukur jumlah kolesterol keseluruhan, LDL (kolesterol jahat), HDL (kolesterol baik) dan trigliserida.

    Bagi orang dewasa, bacaan kolesterol keseluruhan di bawah 200 mg/dL dianggap normal. Bacaan 200 hingga 239 mg/dL dikategorikan sebagai borderline tinggi manakala 240 mg/dL ke atas dianggap tinggi.

    LDL pula sebaiknya berada di bawah 100 mg/dL terutamanya bagi individu yang mempunyai penyakit jantung, diabetes atau faktor risiko lain.

    Siapa berisiko tinggi?

    Kolesterol tinggi boleh berpunca daripada beberapa faktor, antaranya:

    • Pemakanan tinggi lemak tepu
    • Kurang aktiviti fizikal
    • Merokok dan pengambilan alkohol berlebihan
    • Tekanan kronik
    • Sejarah keluarga (hiperkolesterolemia familial)
    • Keadaan perubatan seperti diabetes, obesiti dan penyakit buah pinggang kronik

    Selain itu, beberapa ubat untuk penyakit tertentu juga boleh mempengaruhi paras kolesterol.

    Menariknya, kolesterol tinggi juga lebih kerap ditemui dalam kalangan individu dengan penyakit kulit radang seperti psoriasis dan lichen planus. Sesetengah ubat dermatologi pula boleh meningkatkan trigliserida.

    Jangan tunggu ada simptom

    Walaupun tanda seperti xanthelasma dan corneal arcus boleh memberi petunjuk, kebanyakan kes kolesterol tinggi berlaku tanpa sebarang perubahan yang jelas pada wajah.

    Itulah sebabnya pemeriksaan berkala amat penting terutamanya bagi individu berusia 20 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai faktor risiko. Jika tidak dikawal, ia meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Lebih awal ia dikesan, lebih mudah untuk dikawal.

    Kadangkala, wajah memang boleh memberi isyarat. Tetapi selalunya, hanya ujian darah yang boleh mendedahkan kebenaran sebenar. – RELEVAN

    Previous ArticleTabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja
    Next Article Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.