SEBANYAK 1,873 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,210 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,870,275 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,515 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,810,424 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,426 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,748 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,425 kes dengan 22,360 kes atau 95.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,022 kes atau 4.4% pesakit dirawat di hospital, 31 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 12 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN