Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bidang kemahiran menjanjikan peluang keemasan

    Bidang kemahiran menjanjikan peluang keemasan

    By Datuk Asfarena Samion MonOctober 18, 2022Updated:October 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SETIAP daripada kita perlu memiliki sekurang-kurangnya satu bidang kemahiran.- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    DALAM mendepani kehidupan masa kini, setiap daripada kita perlu  memiliki sekurang-kurangnya satu bidang kemahiran. Berbeza dahulu, bidang kemahiran dipandang sepi dan tidak mendapat permintaan. 

    Seiring peredaran masa, bidang kemahiran telah diangkat dan mendapat tempat serta permintaan tinggi dalam institusi pendidikan, begitu juga pekerjaan dengan bayaran mengikut kepakaran serta pengalaman masing-masing.

    Sehubungan itu, kerajaan banyak mewujudkan institusi kemahiran berteknologi tinggi dan peluang pekerjaan yang terbuka luas. 

    ASFARENA

    Di pasaran, majikan hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata.

    Hakikatnya, sebahagian besar peluang pekerjaan yang wujud pada masa sekarang memerlukan tenaga kerja yang berpengetahuan tinggi tentang teknikal dan kemahiran.  

    Lombong emas

    Berbekalkan kemahiran dalam sesuatu bidang, tidak mustahil ‘lombong emas’ menanti untuk dikaut hasilnya. 

    Paling penting, anda perlu sentiasa meningkatkan kemahiran dan pelajari kemahiran-kemahiran baharu. Terus asah sehingga menjadi pakar dalam sesuatu bidang tersebut.

    Kini, bidang kemahiran bukan lagi dilihat sebagai kelas kedua kerana ia menjadi keperluan negara dalam meningkatkan pendapatan negara ke pasaran antarabangsa dengan adanya pekerja mahir yang mampu bersaing. 

    Situasi Covid-19 yang melanda dunia selama dua tahun menyebabkan ramai orang hilang pekerjaan sehingga kebanyakan mereka mencuba bidang terjun dalam pelbagai kemahiran.

    Jadikan ia asbab dan titik tolak kepada kerjaya kedua anda atau mungkin dijadikan sebagai perniagaan yang berjaya. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

    Pilih bidang kemahiran

    Bagaimana mencari kemahiran yang sesuai cita rasa anda? Kemahiran yang mendapat perhatian dan permintaan tinggi dengan pengeluaran produk yang bagus adalah seperti bidang jahitan, masakan, bakeri, solekan, spa dan urutan tradisional. 

    Pilih tiga bidang untuk anda cuba seperti pergi kursus jangka pendek, cuba anda hadam dan nikmati keseronokkan mengikuti kursus tersebut. 

    Jika salah satu dari bidang tersebut betul-betul menjadikan anda khusyuk dan leka dengan aktiviti berkenaan, malah lebih kreatif dengan idea-idea hebat, maka itulah bidang yang anda boleh terokai dengan mendalam. 

    Seterusnya ikuti kursus pengkhususan kemahiran tersebut dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi. Paling utama anda perlulah meneruskan usaha penghasilan produk daripada apa yang dipelajari biarpun tidak standing pakar. 

    Ambil masa enam bulan sebelum menerima tempahan dan lalui segala macam kelemahan daripada ilmu tersebut. 

    Perkara itu akan menjadikan anda lebih memahami kekurangan dan kelebihan dalam diri. 

    Pesan saya, jangan bertukar-tukar kemahiran dalam masa yang singkat kerana ia akan menjadikan anda seorang yang membosankan dan akan kehilangan ketajaman dalam menjadikan anda seorang pakar dalam bidang tersebut. 

    Mulakan dari rumah, jangan malu. Selamat mencuba, bidang kemahiran saya adalah jahitan, anda bagaimana?- RELEVAN

    *Penulis merupakan Pengarah Kreatif di Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS)

    featured kemahiran kerjaya pekerjaan
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.