Facebook Twitter
    Trending
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    • Bahaya tidur selepas makan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025

      Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

      November 4, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Bagaimanakah situasinya jika kita hidup di planet Marikh?

    Fakta Semesta: Bagaimanakah situasinya jika kita hidup di planet Marikh?

    By Umi FatehahOctober 14, 2022Updated:October 17, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Fakta Semesta: Bagaimanakah situasinya jika kita hidup di planet Marikh? - Gambar Planet Volumes/Unsplash

    PLANET Marikh merupakan planet keempat daripada lapan planet di dalam sistem suria kita. Marikh dilahirkan dengan atmosfera yang sangat nipis, berdebu dan kering bak padang pasir.

    Debu-debuan yang didapati di Marikh mungkin berpunca daripada letupan gunung berapi pada masa lalu. Gunung berapi yang telah pupus menjadi bukti bahawa ia pernah aktif suatu ketika dahulu. 

    Idea bahawa terdapat potensi manusia untuk hidup di Marikh telah wujud sekian lamanya iaitu sejak abad ke-19. Idea ini muncul apabila ahli astronomi Amerika Syarikat, Percival Lowell membuat spekulasi bahawa saluran yang kelihatan di permukaan Marikh adalah terusan air purba yang dibina oleh makhluk asing. 

    Pada tahun 2015, filem ‘The Martian’ juga menayangkan kisah seorang angkasawan yang mencari ikhtiar untuk terus hidup setelah ditinggalkan di Marikh oleh rakannya yang lain kerana disangka sudah tidak lagi bernyawa. 

    Plot filem ini memaparkan bagaimana watak Mark Watney yang dimainkan oleh Matt Damon mencuba sedaya upayanya untuk meneruskan kehidupan di planet itu dengan bekalan tenaga dan makanan yang sedikit. Dalam sebuah adegan filem tersebut, Matt mendapat ilham untuk menanam ubi di tanah Marikh.

    Tetapi jika impian sains fiksyen ini menjadi kenyataan, bagaimanakah rasanya jika manusia benar-benar hidup di Marikh?

    Musim bunga, panas, luruh dan sejuk di Marikh

    Seperti yang kita tahu, setahun di Bumi bersamaan dengan 365 hari. Tetapi setahun di Marikh adalah kira-kira 1.88 tahun Bumi. Ini bermakna satu hari di Marikh mungkin berlangsung lebih daripada 24 jam.

    Menurut Space.com, Marikh mempunyai pelbagai musim kerana kecondongan planet pada paksinya. Tetapi, manusia tidak dapat menikmati musim-musim di Marikh sama seperti di Bumi.

    Oleh kerana hemisfera selatan menghala jauh daripada matahari, hidupan di Marikh perlu melalui musim sejuk yang jauh lebih sejuk daripada Bumi. Begitu juga dengan musim panas. Musim panas di Marikh adalah jauh lebih panas daripada musim panas di Bumi. 

    Manakala hidupan di bahagian hemisfera utara pula akan menikmati kira-kira tujuh bulan musim bunga, enam bulan musim panas, lima ke enam bulan musim luruh dan hanya kira-kira empat bulan musim sejuk.

    Suhu di Marikh

    Suhu purata di Marikh ialah -80 darjah Fahrenheit iaitu bersamaan dengan -60 Celcius. Tetapi suhu boleh berubah kepada -195°F (-126°C) pada musim sejuk. 

    Sewaktu musim panas pula, suhu akan mencecah 68°F (20°C). Pakar astronomi mengatakan suhu di Marikh juga boleh berubah secara mendadak dalam masa satu minggu.

    Perubahan suhu Marikh sering mengakibatkan ribut debu yang kuat. Kadangkala, debu-debu boleh menyelubungi seluruh planet dalam beberapa hari sahaja. 

    Walaupun ribut ini mungkin tidak akan membahayakan hidupan secara fizikal, habuk boleh menyumbat elektronik dan mengganggu instrumen berkuasa solar yang akan membawa kepada masalah-masalah besar yang lain.

    Langit Marikh

    Menurut Timbalan Saintis Projek untuk NASA’s Mars Science Laboratory, Ashwin Vasawada, angkasawan mempunyai kebimbangan yang sama sekiranya mereka mahu menjejakkan kaki ke Marikh, iaitu risiko sinaran radiasi daripada angkasa.

    Tidak seperti Bumi, Marikh tidak mempunyai medan magnet global dan atmosfera tebal untuk melindungi permukaannya daripada sinaran.

    Pakar astronomi juga berkongsi bahawa langit di Marikh kelihatan cerah. Dengan langit yang cerah ini, langit malam Marikh dihiasi dengan berjuta bintang. 

    Langit di siang hari kebiasaannya kelihatan jingga kerana debu-debu berterbangan yang memenuhi atmosfera Marikh. 

    Kejadian matahari terbit dan terbenam kelihatan serupa dengan di Bumi semasa hari yang sangat berjerebu. Kecuali, apabila melihat matahari dari Marikh, terdapat seakan-akan warna biru di keliling matahari.

    Tetapi dengan graviti yang hanya 38 peratus daripada Bumi, mengelilingi Marikh akan menjadi suatu cabaran. Berlari dan bergerak dengan pantas mungkin memerlukan sedikit pembelajaran dan penyesuaian. Tetapi pakar astronomi berkata berjalan di Marikh lebih mudah berbanding di bulan. – RELEVAN

    featured pendidikan planet

    Artikel berkaitan

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025

    Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.