Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Malaysia tempat kedua dalam Indeks Keselamatan Makanan Global

    Malaysia tempat kedua dalam Indeks Keselamatan Makanan Global

    By October 14, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MALAYSIA menduduki tempat ke-39 dunia dan kedua di Asia Tenggara dalam Indeks Keselamatan Makanan Global.- FOTO OLEH WIRESTOCK/FREEPIK

    SEMPENA Hari Makanan Sedunia 2022 (#WorldFoodDay) pada 16 Oktober ini,  Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menyeru kita semua agar tidak mengabaikan sesiapa sahaja dalam isu keselamatan makanan.

    Menurut FAO kesan domino yang disebabkan oleh pandemik, perubahan iklim, kenaikan harga dan ketegangan antarabangsa telah memberi kesan kepada sistem makanan di seluruh dunia.

    Sehubungan itu, bagi menyahut seruan FAO, Universiti Nottingham Malaysia (UNM) telah menganjurkan persidangan Keselamatan Makanan di Pulau-Pulau Kecil dan Negara Membangun (FSSIDS) 2022 buat kali kedua  bagi mengumpulkan buah fikiran daripada pakar dari pelbagai negara.

    ARTIKEL BERKAITAN: Orang miskin paling terkesan kenaikan harga makanan – Relevan

    Persidangan selama empat hari itu diketuai oleh Profesor Madya dan Pengarah Sistem Makanan Lestari, UNM Future Food Malaysia iaitu Dr. Chin Chiew Foan manakala Dr. Goh Ee Von bertindak sebagai pengerusi bersama.

    16 Oktober merupakan Hari Makanan Sedunia.- Foto oleh ROMAN ODINTSOV/PEXELS

    Cabaran sistem makanan

    Menurut Chiew Foan, persidangan itu membincangkan cabaran yang dihadapi setiap wilayah dan sistem makanan masing-masing.

    “Sistem makanan sangat kompleks, kita perlu terlebih dahulu memahami banyak pemain dalam sistem itu dan apakah setiap peranan mereka supaya boleh bekerja secara kolaboratif untuk menangani masalah tersebut.

    “Ini bukan tentang menyalahkan, tetapi kita semua mempunyai peranan yang sama untuk dilaksanakan dan setiap tindakan itu boleh memberi kesan positif atau negatif kepada sistem makanan global,”katanya.

    Tambah beliau, Malaysia menduduki tempat ke-39 dunia dan kedua di Asia Tenggara dalam Indeks Keselamatan Makanan Global (GFSI) oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) pada tahun 2021.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 persediaan hadapi inflasi, urus wang dengan bijak – Relevan

    Pun begitu, usaha berterusan perlu dilakukan terutamanya masalah kekurangan ayam baru-baru ini dan kadar inflasi makanan yang tinggi berbanding tahun 2021 iaitu sebanyak 4.1 peratus.

    Bagi merapatkan jurang itu, lebih banyak tumpuan harus diberikan kepada sektor pertanian seperti melalui pemeliharaan tanah pertanian, pemberian insentif dan subsidi kepada petani, nelayan serta pekebun kecil.

    Ia juga membantu mengiktiraf ramai pemain dalam industri makanan, tidak kira besar atau kecil yang terlibat dalam sistem makanan di Malaysia bagi mencapai keselamatan makanan negara.

     

    MEREKA yang terlibat dalam industri rantaian makanan perlu diberi insentif dan subsidi bagi menggalakkan lebih banyak pengeluaran.- GAMBAR HIASAN/JCOMP/FREEPIK

    Penyelidikan dan pembangunan makanan

    Pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) makanan serta pertanian sedang giat dilakukan di rantau Asia-Pasifik.

    Oleh itu, rantau ini menyumbang kira-kira separuh daripada perbelanjaan dunia untuk R&D makanan dan pertanian dengan menekankan keperluan untuk menjalin kerjasama yang lebih baik antara pelbagai pihak.

    “FSSIDS 2022 membuat satu langkah kecil untuk menangani perkara ini dengan membawa orang yang berbeza kepakaran dan kewarganegaraan ke dalam satu bilik untuk mencapai satu matlamat bersama.

    “UNM berhasrat untuk meneruskan komitmennya dalam bidang ini dengan menubuhkan rangkaian FSSIDS dan mengadakan lebih banyak persidangan pada masa hadapan bagi meluaskan rangkaian pakar dengan pendapat mengenai topik tersebut,” ulas Chiew Foan lagi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Daging tiruan bakal menjadi sumber makanan masa hadapan? Ini penjelasan pakar – Relevan

    Sementara itu, Ee Von berkata, persidangan itu membolehkan pihaknya untuk lebih memahami masalah yang dihadapi di wilayah-wilayah lain dan cara mereka menanganinya.

    PELABURAN dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) makanan serta pertanian sedang giat dilakukan di rantau Asia-Pasifik.- GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    “Kami berhasrat untuk membawa perubahan bukan sahaja di Malaysia atau rantau Asia Tenggara, tetapi di seluruh dunia.

    “Misi UNM selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi tumpuan kepada SDG2 (sifar kelaparan) dan SDG17 (kerjasama untuk mencapai matlamat tersebut),” jelasnya.

    FSSIDS 2022 telah dihadiri kira-kira 50 pakar akademik dan bukan akademik dari 11 negara.

    Antaranya, UNM yang mewakili Universiti Nottingham, United Kingdom (UoN), Universiti Tunku Abdul Rahman, Agensi Penyelidikan Nasional dan Inovasi Republik Indonesia,  Khazanah Nasional Berhad, Revoganix Sdn. Bhd, Universiti Putra Malaysia, GK Aqua Sdn. Bhd, Fiji National University dan Scientific Research Organisation of Samoa.

    Selain itu, turut disertai oleh Universiti UCSI, Akademi Sains Pertanian Vietnam, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Teknologi Nanyang, University of the Philippines Open University, Universiti Murdoch, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Australian Centre of Pacific Islands Research, University of the Sunshine Coast, Universiti Malaya dan Universiti Thammasat.- RELEVAN

    featured keselamatan krisis makanan makanan
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.