Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » PRU15: Yang penting bukan siapa, tapi kenapa?

    PRU15: Yang penting bukan siapa, tapi kenapa?

    By KU SYAFIQ KU FOZINovember 17, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LEBIH 21 juta rakyat yang layak mengundi akan menentukan kerajaan yang memerintah Malaysia dalam PRU15. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    DEMOKRASI ialah sebuah proses yang berpanjangan. Kita buang undi pada hari tertentu, mendengar ceramah pada hari tertentu tetapi kerja mengawasi, meneliti dan menilai kepimpinan negara merupakan proses yang berterusan tanpa sebarang hari istimewa.

    Pada 19 November ini, lebih 20 juta rakyat Malaysia yang berkelayakan akan mengundi kepimpinan baharu negara. Ia hari yang istimewa dan signifikan, tetapi itu bukan hari terakhir kita mengambil tahu tentang politik.

    Dalam demokrasi, rakyat ialah organ terpenting sebuah negara. Demokrasi meletakkan tanggungjawab memilih pemimpin yang membuat keputusan-keputusan penting untuk negara ke bahu rakyat.

    Kita tidak hidup dalam negara aristokrasi, oligarki, timokarki, oklokarki mahupun monarki penuh. Kita menganut sistem pemerintahan yang terbaik untuk negara moden iaitu demokrasi.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 jawapan untuk mereka yang masih keliru tentang pilihan raya

    Dalam demokrasi, usaha mendidik rakyat supaya celik politik dan demokrasi melangkaui kepentingan mana-mana pilihan raya. 

    Rakyat yang celik politik akan mengundi dengan kesedaran dan ilmu. Dengan ini, pemimpin yang baik dapat dipilih. Pemimpin yang baik akan membangunkan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan.

    Sebab itu, dalam pilihan raya ini, siapa yang dipangkah dalam kertas undi itu kurang penting. Yang lebih penting, kenapa pengundi memilih pemimpin tersebut?

    Alasan itu yang menentukan sama ada pengundi celik atau tidak tentang politik. Memilih pemimpin secara semberono dalam pilihan raya bukan tindakan yang baik, malah boleh menggagalkan tujuan demokrasi itu sendiri.

    Di Malaysia, usaha pendidikan politik perlu digerakkan dengan lebih pesat. Pendidikan politik tidak boleh hanya terkurung dalam institusi pengajian, ia perlu disebar luas dari ceruk kampung ke pangsapuri bandar. 

    Kelas Demokrasi yang diusahakan Fahmi Reza di TikTok merupakan contoh terbaik. Tidak ada tapisan pelajar, semua orang boleh masuk dan belajar tentang demokrasi dan politik.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 perkara yang anda perlu tahu pada hari mengundi

    Perjalanan membangunkan masyarakat celik politik akan berhadapan cabaran. Malah, kita mungkin terpaksa bertahan menghadap pemimpin jahat, bodoh dan sombong sepanjang perjalanan itu.

    Namun, ia berbaloi. Suatu hari nanti, apabila masyarakat benar-benar celik tentang politik, kita akan meraikan barisan kepimpinan yang baik dan jujur, arena media yang terbuka serta kekayaan negara yang diagih dengan saksama.

    Perjalanan menuju masyarakat celik politik itu perlu bermula sekarang. Budayakan pendidikan politik dan kecelikan pengetahuan demi negara yang makmur dan sejahtera. – RELEVAN

    Previous ArticleKulat invasif serang sistem imun lemah, bawa maut
    Next Article Kerja untuk wang atau wang bekerja untuk anda?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.