SEBANYAK 1,241 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 1,453 kes kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,856,217 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,843 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,797,647 kes.
Sebanyak tiga kes kematian dilaporkan semalam dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,403 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,741 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,167 kes dengan 21,200 kes atau 95.6 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 929 kes atau 4.2% pesakit dirawat di hospital, 13 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 25 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN