ANGKA jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,067 kes semalam berbanding 1,486 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,795,009 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 2,279 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,731,426 kes.
Sebanyak enam kes kematian dilaporkan semalam dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,225 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,706 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,328 kes dengan 25,963 kes atau 95.0 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 19 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,277 kes atau 4.7 peratus pesakit dirawat di hospital, 29 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 40 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN