JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 3,083 kes semalam berbanding 2,863 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,714,498 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 4,229 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,635,737 kes.
Sebanyak 12 kes kematian dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,044 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,659 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 42,717 kes dengan 41,042 kes atau 96.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 35 kes atau 0.1 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,578 kes atau 3.7 peratus pesakit dirawat di hospital, 27 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 35 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN