JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,759 semalam berbanding 3,300 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,659,710 kes.
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 4,806 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,577,518 kes.
Sebanyak sembilan kes kematian dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,932 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,631 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 46,260 kes dengan 44,708 kes atau 96.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 23 kes atau 0.0 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,477 kes atau 3.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 24 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 28 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN