Facebook Twitter
    Trending
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, lebih bersedia bergelar usahawan

    5 tip memulakan perniagaan secara kecil-kecilan, lebih bersedia bergelar usahawan

    By July 26, 2022Updated:August 15, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PADA masa kini kita dapat lihat bidang perniagaan diceburi oleh ramai orang tidak kira dilakukan secara sambilan untuk menambah pendapatan atau memulakan perniagaan sepenuh masa.

    Kepesatan teknologi dan platform perniagaan online telah menggalakkan lebih ramai orang untuk menjalankan perniagaan kerana ia lebih mudah dan senang untuk ‘menyapa’ lebih ramai orang tanpa sebarang sekatan jarak.

    Namun, sebagai pendatang baharu dalam bidang perniagaan, anda juga harus bersedia menghadapi risiko dan memerlukan komitmen 100 peratus untuk berjaya.

    Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan lima tip untuk mereka yang mahu berjinak-jinak memulakan perniagaan kecil-kecilan sebagai persediaan penting sebelum bergelar usahawan.

    1. Perhalusi idea anda

    Walaupun anda fikir telah berjaya mendapat idea yang terbaik, tetapi adalah penting untuk meneliti dan menilai kembali konsep perniagaan yang benar-benar berdaya maju.

    Untuk benar-benar memahami pasaran dan permintaan, anda perlu bertanya kepada diri sendiri satu set soalan kenapa? dan apa?

    Sebagai contoh, kenapa anda hendak membangunkan perniagaan ini? Dan apakah masalah yang akan anda selesaikan menerusi perusahaan ini? 

    Anda juga perlu mendapatkan maklum balas jujur daripada orang yang dipercayai. Fikirkan dengan teliti tentang kritikan yang anda terima dan lihat sama ada ia boleh membantu mengembangkan idea perniagaan itu.

    2. Buat belanjawan (untuk diri anda dan perniagaan anda)

    Walaupun anda mungkin tidak memerlukan rancangan perniagaan formal, tetapi anda perlu mempunyai perancangan tentang berapa jumlah wang yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan tersebut dan bagaimana cara perniagaan anda itu akan memperoleh hasil jualan.

    Fikirkan juga kos input, harga jualan dan semua komponen yang akan menjadikan ekonomi berfungsi adalah sangat penting.

    Jika anda tidak bercadang untuk mengambil gaji pada tahun-tahun awal memulakan perniagaan, anda memerlukan simpanan peribadi atau dana lain bagi membayar perbelanjaan hidup sehingga perniagaan itu berkembang.

    3. Fikirkan cara membiayai perniagaan anda

    Keputusan yang diambil dalam membiayai perniagaan anda akan mempunyai implikasi pada masa hadapan kepada nilai perniagaan anda dan fleksibiliti kewangan.

    Sumber modal untuk perusahaan anda itu akan bergantung kepada beberapa faktor termasuk industri yang dipilih, akses kepada pelabur dan perasaan anda tentang hutang.

    Perlu diingat bahawa sebahagian besar perniagaan dibiayai sendiri oleh pemilik memandangkan pelabur atau pemberi pinjaman profesional biasanya ingin melihat rekod prestasi sebelum menyuntik modal dalam perniagaan anda.

    4. Merekrut kakitangan

    Sebaik sahaja anda mula mengembangkan perniagaan, anda perlu membuka peluang pekerjaan untuk menggaji kakitangan bagi memajukan lagi perusahaan anda.

    Perlu diingat, beberapa staf pertama yang anda rekrut akan membantu menetapkan budaya dan nada kerja anda. Menambah pekerja adalah satu langkah besar kerana ia akan mengubah cara anda menghabiskan masa anda.

    Selain itu, ia juga menjadi kunci untuk membangunkan lagi syarikat anda dan memperoleh hasil yang lebih banyak.

    5. Pasarkan produk atau perkhidmatan anda

    Tidak terlalu awal untuk anda mula memasarkan perniagaan. Pendekatan terbaik adalah bergantung kepada industri yang anda pilih dan bajet.

    Adalah penting untuk anda mula memikirkan tentang penjenamaan dan pemasaran lebih awal. Ia termasuklah membina laman web dan menggunakan alat pemasaran dalam talian. 

    Penting juga untuk anda memberi tumpuan kepada membina rangkaian dan rujukan dari mulut ke mulut.

    Cuba beberapa kaedah yang berbeza bagi melihat pendekatan yang lebih berkesan untuk pelanggan anda.-RELEVAN

    featured perniagaan usahawan
    Artikel Terkini

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.