Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahasiswa Asia Tenggara berpeluang berentap di 3M Inspire Challenge, bawa pulang ganjaran wang tunai

    Mahasiswa Asia Tenggara berpeluang berentap di 3M Inspire Challenge, bawa pulang ganjaran wang tunai

    By Zubaidah IbrahimJuly 12, 2022Updated:July 13, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: www.freepik.com

    SYARIKAT sains global 3M, menganjurkan kali kedua 3M Inspire Challenge yang mana sebelum ini telah diadakan di seluruh negara Asia Tenggara dan kini dibuka kepada semua mahasiswa daripada pelbagai latar belakang di sepuluh negara Asia Pasifik iaitu Australia, New Zealand, India, Korea, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

    Cabaran tersebut merangkumi tiga tema iaitu bahan lestari, paradigma baharu (dunia pasca pandemik) dan kesaksamaan (menerusi Sains dan teknologi). Tema itu selari dengan tiga daripada lima trend utama yang diketengahkan di dalam platform 3M Futures yang mengenal pasti trend, maklumat dan perspektif mengenai sains yang paling menarik pada hari ini dan masa depan.

    Tinjauan persepsi sains tahunan 3M iaitu 3M State of Science Index 2022 turut mendapati kelestarian dan kesaksamaan menjadi perkara yang paling diutamakan dalam kalangan responden Asia Pasifik.

    Menurut Naib Presiden Kanan Hal Ehwal Korporat 3M Asia dan Pengarah Urusan 3M Korea, Jim Falteisek, pihaknya komited untuk membebaskan ‘kuasa’ manusia, idea, dan sains.

    “Menerusi 3M Inspire Challenge 2022, kami mahu mencungkil penyelesaian bagi mencipta sebuah dunia yang lebih positif untuk masa hadapan dan pada masa sama menggunakan kepakaran kami bagi memupuk kepelbagaian generasi pemimpin, pemikir dan pencipta akan datang.

    “Pasukan yang telah disenarai pendek akan digilap idea mereka sebagai persediaan ke peringkat akhir pertandingan oleh para profesional daripada 3M dengan memberi bimbingan kepada pasukan yang mengambil bahagian bermula September 2022 dan seterusnya,” katanya.

    Tiga pasukan yang telah disenarai pendek ke peringkat separuh akhir akan berentap dengan rakan senegara di dalam panel penghakiman secara langsung pada Oktober tahun ini.

    Pemenang di setiap negara itu akan dianugerahkan dengan gelaran Juara Negara dan akan membawa pulang hadiah wang tunai AS$2,000 (RM8,854) serta berpeluang menjalani latihan industri di pejabat 3M tempatan. 

    “Seterusnya, pada November nanti, Juara Negara dari setiap negara itu akan ke cabaran akhir Peringkat Serantau. Di sana, pasukan pemenang utama akan dinobatkan sebagai Juara Serantau dan menerima hadiah wang tunai AS$5,000 (RM22,135).

    “3M Inspire Challenge telah berlangsung dengan jayanya pada tahun lepas dan menerima penyertaan daripada 122 pasukan dari Asia Tenggara. Idea-idea terbaik termasuklah pelekat luka pintar atau Smart Bandages dari pasukan Malaysia.

    “Smart Bandages itu boleh memantau peringkat proses penyembuhan luka yang berbeza manakala kedai maya 3M 360° dari pasukan Vietnam dan pelitup muka surgikal bioplastik lestari dari pasukan Indonesia,” jelasnya.

    Tambah beliau, penekanan terhadap inovasi menerusi kepelbagaian dan keterangkuman, 3M Inspire Challenge adalah salah satu contoh dedikasi 3M ke arah memupuk kepelbagaian bakat-bakat generasi akan datang dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

    Dengan mewajibkan setiap pasukan mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli wanita dan lelaki, 3M memastikan bahawa wanita diberikan peluang yang sama untuk mengasah ketajaman inovasi mereka dan mendapatkan pendedahan dalam STEM yang akhirnya mampu mencetuskan lebih banyak lagi idea kreatif serta inovatif. 

    Falteisek berkata, Cabaran ini dibina atas kepelbagaian penglibatan komuniti 3M yang selari dengan komitmennya. Ini termasuklah kerjasama dengan organisasi seperti Yayasan MySkills, Teach for Malaysia dan banyak lagi bagi menyediakan peluang pendidikan STEM berkualiti tinggi kepada para pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan memberikan impak positif dalam bidang pendidikan serta Sains. 

    Para peserta yang berminat boleh mendaftar di laman sesawang 3M Inspire Challenge di (http://go.3m.com/3minspirechallenge). Pendaftaran dibuka pada 15 Julai 2022

    Setiap pasukan mestilah terdiri daripada dua hingga empat orang pelajar dengan sekurang-kurangnya seorang ahli lelaki dan seorang ahli wanita. – RELEVAN

    Previous Article2,417 kes baharu Covid-19 dan setakat semalam 35,758 kes aktif dicatatkan
    Next Article Manfaat muzik metal terhadap kesihatan mental

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.