Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 amalan bertanggungjawab apabila berhutang

    7 amalan bertanggungjawab apabila berhutang

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Mikhail Nilov (Pexels)

    HUTANG sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan dalam ekonomi moden. Kecuali golongan superkaya, kita hampir pasti akan mengambil sekurang-kurangnya satu hutang dalam hidup. 

    Mengambil hutang itu tidak salah namun kita perlu bijak menguruskannya. Pakar ekonomi membahagikan hutang kepada hutang baik dan buruk  bagi memudahkan pengguna membuat keputusan berkenaan hutang mereka.

    Pada zaman ini juga, urusan berhutang semakin dipermudah. Semakan latar belakang kredit ada kalanya dilonggarkan dan tempoh bayaran semula dipanjangkan bagi mengurangkan kadar bulanan. Anda juga sudah boleh berhutang untuk membeli barangan bernilai rendah, seperti yang ditawarkan sistem Buy Now Pay Later (BNPL).

    Yang paling penting, kita perlu menguruskan hutang dengan baik supaya ia tidak menjejaskan kehidupan di kemudian hari. Dalam menguruskan hutang, kita perlu sedar dengan kemampuan kewangan sendiri dan memastikan komitmen hutang selaras dengan kemampuan.

    Sehubungan itu, Relevan menyenaraikan enam amalan peminjaman bertanggungjawab yang dikongsikan  dalam Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk rujukan anda.

    • Bayar tepat pada masa

    Pastikan anda mampu buat bayaran tepat masa setiap bulan. Masukkan komitmen hutang anda dalam belanjawan. Pembayaran tepat pada masa penting bagi memastikan rekod kredit anda baik. Anda juga perlu melunaskan bayaran bulan secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang denda atau caj pembayaran lewat.

    • Nilai keupayaan bayar balik pinjaman

    Pakar mengesyorkan anda menyimpan 10 hingga 20 peratus daripada pendapatan. Ada juga pakar yang mencadangkan supaya jumlah bayaran balik hutang anda berada di bawah paras 40 peratus daripada pendapatan. Walau bagaimanapun, anda perlu pertimbangkan perbelanjaan anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pinjaman. Jika perbelanjaan anda agak tinggi, anda perlu lebih berhati-hati mengambil pinjaman.

    • Utamakan yang tinggi

    Apabila menyusun belanjawan, utamakan pembayaran hutang yang mempunyai kadar faedah atau keuntungan yang lebih tinggi. Ini kerana hutang-hutang ini memberi kesan yang lebih besar kepada kewangan anda jika lambat atau tidak mampu dibayar.

    • Pastikan anda mampu bayar penuh

    Apabila membeli barangan secara ansuran, pastikan anda mampu bayar harga penuh, bukan sekadar ansuran sahaja. Jika harga penuhnya masih di luar jangkauan kewangan anda, tangguh dahulu pembelian itu. Juga, beri perhatian kepada tarikh akhir pembayaran bagi mengelakkan caj dan hutang yang bertimbun.

    • Dapatkan bantuan segera jika bermasalah

    Jika anda berhadapan masalah yang tidak diduga seperti kehilangan pekerjaan dan sebagainya, segera dapatkan bantuan. Anda boleh berbincang dengan pihak bank sebaik sahaja anda berhadapan atau bakal menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman. Anda juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan khidmat nasih kewangan. Jika anda berhadapan masalah dengan bank, anda boleh membuat aduan menerusi BNMTELELINK.

    • Sentiasa semak pelan pengurusan kewangan anda

    Anda dinasihatkan untuk sentiasa menyemak semula pelan pengurusan kewangan dengan mengambil kira keadaan kewangan semasa serta jangkaan kewangan pada masa hadapan.. Jika anda perlukan nasihat, AKPK menyediakan perkhidmatan pendidikan kewangan, khidmat nasihat kewangan dan pengurusan hutang untuk individu serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana secara percuma.

    • Ketahui hak sebagai penghutang

    Jika anda didatangi pemungut hutang, minta kad kuasa atau notis bertulis daripada bank. Pemungut hutang juga tidak boleh buat sesuka hati. Antara perkara yang dilarang untuk dilakukan oleh pemungut hutang ialah:

    • Mengugut atau menggunakan kata-kata kesat untuk menakut-nakutkan anda
    • Menceroboh kawasan kediaman
    • Merosakkan atau mengambil barangan peribadi
    • Datang ke tempat kerja kecuali jika anda tidak dapat dihubungi di kediaman atau anda membenarkan mereka datang
    • Ganggu ahli keluarga, jiran, kawan-kawan atau majikan bagi mendapatkan maklumat keberadaan anda
    • Menghubungi anda pada waktu yang tidak munasabah kecuali antara 8.00 pagi hingga 9.00 malam
    • Menghubungi anda dengan kerap untuk mengganggu

    Sekiranya ada antara perkara ini yang berlaku, buat aduan kepada bank anda. – RELEVAN

    Previous ArticleDulu hobi buat kek dan pastri kini jadi kerjaya tetap, ramai tergilakan skon ‘berhantu’ laris sampai tunggu depan pagar
    Next Article 7,140 kes baharu dicatatkan semalam, 16 kematian

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.