Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dulu hobi buat kek dan pastri kini jadi kerjaya tetap, ramai tergilakan skon ‘berhantu’ laris sampai tunggu depan pagar

    Dulu hobi buat kek dan pastri kini jadi kerjaya tetap, ramai tergilakan skon ‘berhantu’ laris sampai tunggu depan pagar

    By Zubaidah IbrahimApril 18, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BERMULA sekadar hobi dan mengisi masa lapang, siapa sangka membuat kek dan pastri kini menjadi kerjaya sepenuh masa kepada Emylya Othman, 47, yang diusahakannya sejak tahun 2009.

    Bukan itu sahaja, wanita kelahiran Pahang itu kini turut mempunyai studio untuk dijadikan tempat membuat kek dan mengajar sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang tersebut.

    Membangunkan jenama Calla Lily & Co. Baking Studio sejak 13 tahun lalu, Emylya tidak menoleh ke belakang dengan menghasilkan pelbagai kek, skon, biskut dan aneka pencuci mulut lain yang berasaskan adunan tepung.

    Ibu kepada empat orang cahaya mata itu tidak menyangka produk keluarannya mendapat sambutan yang sangat baik dan beliau juga mengekalkan ‘kesegaran’ dengan menghasilkan kek atau pastri itu sebaik sahaja ditempah.

    Menurut Emylya, dia tidak menyangka hobi itu kini menjadi kerjaya tetap kerana pada awalnya sekadar ingin mencuba selepas berhenti kerja sebagai pengurus perhubungan awam demi memberi perhatian kepada keluarga.

    “Walaupun dulu sibuk bekerja sebagai pengurus perhubungan awam, saya tidak pernah berhenti membuat kek dan pastri pada masa lapang. Malah, sejak usia 16 tahun lagi saya sudah membuat kek sendiri dengan bimbingan ibu yang juga pakar dalam pembuatan adunan tepung tersebut.

    “Saya bermula dari rumah dan kini mampu memiliki studio sendiri untuk mengembangkan perniagaan ini,” katanya yang mempunyai pengalaman 10 tahun sebagai pengurus perhubungan awam.

    Walaupun bergelar pengajar, anak sulung daripada lima beradik itu tidak jemu menimba ilmu daripada pakar pembuatan kek dan pastri termasuk berguru dengan cef dari Perancis untuk memperkemaskan lagi kemahiran serta mencuba kaedah-kaedah baharu.

    Kepakarannya dalam pembuatan kek dan pastri membuatkan Emylya turut dijemput oleh pihak agensi kerajaan serta swasta untuk berkongsi ilmu.

    Jelas pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor itu, Calla Lily & Co. Baking Studio menerima tempahan untuk kek kahwin, majlis hari jadi, hadiah atau bingkisan, sambutan hari raya, rumah terbuka dan sebagainya.

    Antara aneka kek dan pastri yang mendapat sambutan sangat hangat ialah kek butterscotch, double coklat nutela serta skon.

    “Skon keluaran kami boleh dikatakan ‘berhantu’ apabila mendapat tempahan daripada orang yang sama setiap minggu termasuk ibu mengandung yang sanggup menunggu di depan pagar untuk mendapatkan skon ini kerana mengidam.

    “Menariknya, pelanggan juga diberi peluang membuat sendiri tempahan kek dan pastri untuk memberi sentuhan istimewa sebagai hadiah kepada insan tersayang,” tuturnya yang turut dilantik sebagai rakan sekutu syarikat peralatan dapur dan pemprosesan makanan jenama tempatan

    Tempahan boleh dibuat secara online menerusi Instagramnya, callalily.cobakingstudio dan di Facebook, calla lily & co. baking studio atau berkunjung terus di studio yang terletak di Seri Pristana, Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

    Mengulas lanjut mengenai kelas dan bengkel pembuatan kek serta pastri, Emylya memberitahu, ia terbuka kepada semua golongan tidak mengira usia serta jantina.-RELEVAN

    Previous Article6,623 kes jangkitan baharu direkodkan semalam, kekal di bawah 10,000 kes
    Next Article 7 amalan bertanggungjawab apabila berhutang

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.