SEMALAM mencatatkan sebanyak 28,298 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 26,534 kes kelmarin
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,900,433 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 11,936 kes atau 42.18 peratus manakala sebanyak 16,148 kes atau 57.06 peratus didiagnosis dalam kategori 2.
Jelas beliau, kategori 3 pula mencatatkan sebanyak 100 kes (0.35 peratus), 55 kes (0.20 peratus) dalam kategori 4 dan 59 kes (0.19 peratus) bagi kategori 5.
Semalam juga mencatatkan sebanyak 33,009 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 3,567,003 kes.
Dalam pada itu, menurut data laman web CovidNow, semalam juga mencatatkan 105 kematian dengan 29 daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 34,099 kematian manakala jumlah terkumpul BID sebanyak 7,128 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 299,331 dengan 289,043 atau 96.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 2,082 kes atau 0.7 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 7,832 atau 2.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 141 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 233 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN