Facebook Twitter
    Trending
    • Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri
    • Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini
    • Kurangkan air manis, banyakkan air kosong
    • Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar
    • Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru
    • Realiti kesusahan mencari kerja
    • Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam
    • Bolehkah wasiat dicabar?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025
    • Kewangan

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025

      Wasiat bukan hanya untuk orang berharta

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025

      Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

      June 5, 2025

      Jangan malas buat kerja sekolah!

      May 21, 2025

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 24,466 kes baharu dicatatkan semalam, 40 kematian

    24,466 kes baharu dicatatkan semalam, 40 kematian

    By February 28, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gambar hiasan.

    SEBANYAK 24,466 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan semalam berbanding kelmarin 27,299 kes. Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 3,419,636 kes.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes harian itu, 105 kes atau 0.43 peratus adalah kategori 3,4 dan 5 manakala 24,361 kes atau 99.57 peratus adalah merupakan kategori 1 dan 2.

    “Kes kategori 2 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 15,657 atau 63.99 peratus diikuti kes kategori 1 sebanyak 8,704 kes atau 35.58 peratus dan kategori 3 sebanyak 51 kes atau 0.21 peratus.

    “Bagi kes kategori 4 pula mencatatkan sebanyak 34 kes atau 0.14 peratus dan 20 kes atau 0.08 peratus untuk kategori 5,” katanya.

    Semalam juga mencatatkan sebanyak 22,380 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 3,085,940 kes.

    Dalam pada itu, menurut data laman web CovidNow, semalam juga mencatatkan 40 kematian dengan 17 daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).

    Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 32,674 kematian manakala jumlah terkumpul BID sebanyak 6,690 kes.

    Jumlah kes aktif di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 300,692 dengan 288,980 atau 96.1 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 3,495 kes atau 1.2 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

    Sebanyak 7,864 atau 2.6 peratus pesakit dirawat di hospital, 160 atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 193 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN

    covid-19 featured jangkitan Covid-19 kes harian
    Artikel Terkini

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    June 6, 2025

    Fakta semesta: Kita hanya tahu 4 peratus daripada alam ini

    June 5, 2025

    Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

    June 5, 2025

    Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

    June 4, 2025

    Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

    June 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.