Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lebih setengah juta pekerjaan diiklankan dalam talian pada 2021

    Lebih setengah juta pekerjaan diiklankan dalam talian pada 2021

    By February 28, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: Business photo created by yanalya - www.freepik.com

    JUMLAH kekosongan  jawatan yang diiklankan secara dalam talian meningkat lebih dua kali ganda pada 2021 berbanding 2020, lapor Jabatan Perangkaan hari ini.

    Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, jumlah itu meningkat daripada 221,384 jawatan pada 2020 kepada 536,636 jawatan pada 2021.

    Secara suku tahunan pula, jumlah itu meningkat 143.2 peratus daripada 78,303 jawatan pada suku keempat 2020 kepada 190,436 jawatan pada suku keempat tahun lalu.

    Walau bagaimanapun, perbandingan suku ke suku menunjukkan sedikit penurunan daripada 192,480 jawatan yang diiklankan pada suku ketiga 2021.

    “Pada asas bulanan, bilangan jawatan kosong dalam talian yang diiklankan adalah tertinggi pada Disember pada 76,193, manakala Oktober dan November masing-masing berjumlah 73,230 dan 41,013,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd. Uzir menjelaskan, kebanyakan pekerjaan yang ditawarkan dalam talian pada suku keempat 2021 adalah untuk pekerja kategori profesional (43.1 peratus) dan diikuti oleh pekerja kategori juruteknik dan profesional bersekutu (18.4 peratus) serta  pengurus (12.6 peratus).

    Kata beliau, mengikut susunan, lima pekerjaan paling popular yang ditawarkan semasa tempoh rujukan ialah profesional pengiklanan dan pemasaran, profesional bersekutu pentadbiran, pengarah urusan dan ketua eksekutif, akauntan dan juruaudit serta pembangunan perisian.

    “Sementara itu, dari perspektif sektor ekonomi pula, sektor perkhidmatan dan pembuatan merupakan sektor yang paling banyak menawarkan pekerjaan pada suku keempat 2021.

    “Tiga subsektor perkhidmatan tertinggi yang mengiklankan jawatan kosong dalam talian pada suku keempat 2021 ialah aktiviti perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor, profesional, saintifik dan teknikal serta kewangan dan insurans  atau takaful” katanya.

    Sementara itu, menurut Mohd. Uzir, pekerjaan berkaitan pendigitalan seperti ahli sains data, profesional pemasaran digital dan media sosial menunjukkan peningkatan yang ketara pada suku ketiga dan keempat 2021.

    Jelas beliau, pada suku keempat 2021, bilangan kekosongan jawatan yang diiklankan secara dalam talian bagi eksekutif pemasaran digital adalah berjumlah 1,465, meningkat 672 atau 84.7 peratus daripada 793 yang dicatatkan pada suku sama tahun sebelumnya.

    Pada suku ketiga pula, jumlah pekerjaan itu yang diiklankan adalah sebanyak 1,705 jawatan.

    “Selain itu, pekerjaan seperti eksekutif media sosial dan ahli sains data turut menunjukkan peningkatan iaitu masing-masing mencatatkan 324 dan 128 jawatan pada suku keempat berbanding 236 dan 79 bagi suku tahun sama tahun sebelumnya.

    “Walaupun pekerjaan ini masih belum menjadi pekerjaan paling popular, ia boleh dikatakan antara pekerjaan yang berkembang pesat dalam permintaan pasaran pekerjaan.

    “Meneliti kekosongan jawatan yang diiklankan mengikut geografi, hampir tiga perempat daripada jumlah iklan pekerjaan dalam talian tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (80,478), Selangor (34,050), Johor (14,470), Pulau Pinang (8,221) dan Melaka (3,668),” katanya.

    Mohd. Uzir merumuskan, peningkatan kekosongan jawatan yang diiklankan dalam talian pada suku ketiga dan keempat 2021 terutamanya perkhidmatan dan pembuatan memberi gambaran yang positif dalam perkembangan ekonomi negara apabila sektor-sektor ekonomi mula bergerak dengan lebih cepat.

    Kata beliau, ia digambarkan oleh usaha syarikat-syarikat untuk menambah pekerja bagi memenuhi permintaan pasaran terhadap barangan dan perkhidmatan yang semakin berkembang.

    “Perkembangan permintaan terhadap tenaga kerja ini juga selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bertujuan mengurangkan impak pandemik dan seterusnya memulihkan ekonomi negara,” katanya. – RELEVAN

    DOSM featured iklan kerja jabatan perangkaan jawatan kosong kerjaya
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.