Facebook Twitter
    Trending
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kepentingan jaga nilai kredit peribadi 

    Kepentingan jaga nilai kredit peribadi 

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh pixabay (Pexels)

    SEJARAH pinjaman digunakan institusi perbankan bagi membolehkan seseorang mendapatkan pembiayaan membeli rumah, kenderaan atau peribadi. Sejarah pinjaman yang buruk termasuk kegagalan membayar pinjaman akan menyukarkan seseorang permohonan mendapat perkhidmatan kewangan seperti memohon kad kredit.

    Sektor perbankan mengetatkan pemberian pinjaman bagi mengurangkan risiko hutang tidak berbayar (NPL).  Bank lebih mudah memberi pinjaman kepada mereka yang mempunyai rekod pembayaran hutang yang bersih, tidak tertunggak, dan tidak dikategorikan dalam golongan muflis.

    Pihak bank mempunyai cara bagi menilai kekukuhan kewangan setiap pelanggan. Sering pihak bank akan menilai sejarah pembayaran hutang lampau dan mengambil kira bebanan hutang semasa setiap pemohon.

    Jenis dan jumlah pinjaman diambil kira selain pendapatan dan syarikat yang mana pemohon bekerja. Kepada mereka yang bekerja sendiri, transaksi wang masuk dan keluar, simpanan dan rekod keupayaan membayar hutang menjadi ukuran.

    Untuk pembiayaan bernilai besar, bank mungkin meminta cagaran aset seperti kediaman atau tanah. Ini bagi memastikan bank dapat menjual aset yang dicagarkan jika berlaku kegagalan melangsaikan pinjaman.

    Pinjaman tidak dicagar seperti pembiayaan peribadi dan kad kredit mempunyai risiko lebih tinggi. Justeru, sejarah pembayaran lampau yang baik akan memudahkan peminjam mendapatkan kemudahan ini..

    Pihak bank selalu akan merujuk kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, atau CCRIS) yang diwujudkan Bank Negara Malaysia.

    Ia memberikan laporan standard mengenai bakal peminjam. Pihak bank akan menggunakan maklumat ini untuk menentukan nilai kredit seorang bakal peminjam atau “credit creditworthiness”.

    Apa sebenarnya laporan kredit? Laporan berkenaan merangkumi hutang sedia ada seseorang,  jumlah hutang tertunggak dalam akaun perhatian khas serta permohonan pinjaman atau kredit yang diluluskan dalam tempoh 12 bulan.

    Orang ramai juga boleh mendapatkan laporan CCRIS menerusi dalam talian untuk mengetahui nilai kredit seseorang terutama jika bercadang membuat pinjaman.

    Laporan kredit itu menjadi panduan kepada pihak  bank dalam menilai kekukuhan kredit seseorang.

    Bank juga kerap menggunakan perkhidmatan pihak ketiga seperti CTOS bagi mendapatkan maklumat kredit tambahan mengenai bakal peminjam.

    Orang ramai perlu mendapatkan laporan kredit Bank Negara dan CTOS sekali setahun untuk memastikan semua maklumat berkenaan adalah betul serta terkini.

    Membantu tingkatkan nilai kredit

    Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan nilai kredit seseorang. Sejarah pembayaran lampau menjadi perkara utama yang menentukan nilai kredit seseorang.

    • Bayar semua hutang pada masanya

    Sejarah kegagalan membuat bayaran yang buruk tidak membantu meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman. Justeru setiap pembayaran hutang dan bil harus dilaksanakan pada masa ditetapkan bagi mengelak kelewatan. Pembayaran ini termasuk bil-bil lain.

    • Kurangkan jumlah hutang

    Pastikan jumlah hutang dalam lingkungan yang mampu dibayar semula. Jangan mengambil terlalu banyak hutang sehingga pada pandangan bank, ia tidak mampu dilunaskan seseorang.

    Bank menggunakan Debt Service Ratio bagi menentukan kemampuan seseorang menjelaskan bayaran bulanan.

    Pihak bank akan memberikan pinjaman jika nisbah pembayaran hutang tidak melebihi had yang ditetapkan. Jika jurang debt service ratio dan nisbah pilihan bank lebih besar, semakin baik nilai kredit anda.

    Contohnya, jika nisbah anda hanya 25 peratus, berbanding had 40 peratus ditetapkan bank, maka peluang untuk mendapat pinjaman adalah lebih cerah. Satu cara meningkat nilai kredit anda ialah mengurangkan jumlah hutang termasuk kad kredit.

    Apa yang penting, hutang yang ditanggung mesti dalam lingkungan yang boleh dibayar oleh seseorang. Adalah baik untuk seseorang mendapatkan laporan CCRIS, menjaga pembayaran pinjaman sedia ada, memastikan tiada hutang tertunggak sehingga dimasukkan dalam akaun khas dan membuat pembayaran mengikut tarikh.

    Semua ini akan meningkatkan nilai kredit dan memudahkan seseorang mendapat pinjaman daripada pihak bank. – RELEVAN

    Previous ArticleTips jika terima dua tawaran kerja
    Next Article 49 peratus penghidap diabetes tidak pernah didiagnosis

    Artikel berkaitan

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026
    Artikel Terkini

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.