Facebook Twitter
    Trending
    • 7 fakta langka tentang P. Ramlee
    • Bagaimana proses melihat anak bulan?
    • 7 puisi buat anda di hari puisi
    • Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?
    • Pesakit jantung boleh berpuasa?
    • Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran
    • 10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat
    • 5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pesakit jantung boleh berpuasa?

      March 20, 2023

      10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

      March 16, 2023

      Adakah bebenang kelabu pada penglihatan petanda masalah mata?

      March 14, 2023

      Sifar kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      March 12, 2023

      251 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      March 11, 2023
    • Kewangan

      Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

      March 16, 2023

      Menabung runcit-runcit untuk kecemasan kecil

      March 9, 2023

      3 jenis pemilikan hartanah dan ciri-cirinya

      March 7, 2023

      7 perbandingan perkara utama dalam Belanjawan 2023 dan Bajet 2023

      February 27, 2023

      5 cabaran ekonomi untuk Malaysia pada 2023 menurut Perdana Menteri

      February 26, 2023
    • Pendidikan

      7 fakta langka tentang P. Ramlee

      March 22, 2023

      Bagaimana proses melihat anak bulan?

      March 22, 2023

      7 puisi buat anda di hari puisi

      March 21, 2023

      Berbual bersama Fai: Sisi teknikal di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 15, 2023

      Berbual bersama Amir Jahari:  Kisah di sebalik penciptaan lagu Hasrat

      March 14, 2023
    • Kerjaya

      Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

      March 21, 2023

      5 jawapan ‘selamat’ untuk cerita kelemahan diri ketika temu duga

      March 15, 2023

      Cara menulis dan contoh cover letter terbaik menurut Universiti Harvard

      March 10, 2023

      Cara menulis dan contoh resume terbaik menurut Universiti Harvard

      March 8, 2023

      10 negara yang telah, sedang dan akan laksanakan 4 hari bekerja dalam seminggu

      March 6, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tips jika terima dua tawaran kerja

    Tips jika terima dua tawaran kerja

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 8, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Sora Shimazaki (Pexels)

    PROSES mendapatkan pekerjaan sememangnya mengujakan. Kadang kala, rezeki tidak memihak dan kita perlu membuat banyak permohonan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Ada masa pula, kita berada dalam dilema apabila ditawarkan lebih daripada satu pekerjaan yang menarik.

    Situasi ini memaksa kita untuk membuat penilaian yang lebih mendalam terhadap pekerjaan yang ditawarkan. Pelbagai aspek boleh dilihat dan ini merupakan 10 tip yang dikongsikan laman web carian kerja terkenal, Indeed.com untuk memilih antara dua tawaran kerja yang menarik.

    • Kumpul maklumat selengkapnya

    Untuk membuat keputusan yang tepat, anda perlu memahami setiap tawaran yang diterima dengan lengkap. Antara maklumat yang perlu diberi perhatian ialah jumlah gaji dan manfaat, tempoh percubaan, bonus prestasi, kekerapan kenaikan gaji, waktu bekerja, pampasan kerja lebih masa, jumlah cuti serta insurans berkaitan. Hubungi wakil sumber manusia syarikat dan buat senarai kelebihan yang diperolehi dari setiap tawaran kemudian buat perbandingan.

    • Jadi telus

    Amalkan keterbukaan dalam perbincangan dengan syarikat yang menawarkan pekerjaan. Maklumkan kepada mereka yang anda perlukan masa untuk membuat keputusan. Walaupun sudah menjadi kebiasaan untuk calon mengambil sedikit masa sebelum membuat keputusan, makluman kepada syarikat menunjukkan anda lebih profesional dan beradab. Terus maklumkan kepada syarikat yang anda mendapat beberapa tawaran dan perlukan masa untuk membuat pertimbangan.

    • Buat carta perbandingan

    Untuk membuat perbandingan yang jelas, bantuan visual sangat membantu. Senaraikan kelebihan setiap tawaran dalam satu carta supaya anda mendapat gambaran yang lebih jelas. Selain elemen kewangan seperti gaji dan manfaat, senaraikan juga ciri-ciri lain seperti deskripsi kerja, persekitaran kerja, kemudahan di pejabat, lokasi dan kemudahan pengangkutan, laluan kemajuan kerjaya, saiz, reputasi syarikat serta peluang rangkaian.

    • Bertanya tentang budaya syarikat

    Selain kelebihan dan manfaat kewangan, budaya syarikat juga memainkan peranan penting dalam penilaian anda. Anda boleh tanyakan perkara ini kepada wakil sumber manusia atau bakal rakan sekerja. Boleh juga baca ulasan syarikat dalam talian. Budaya kerja dalam sesebuah syarikat boleh mempengaruhi keseronokan dan produktiviti anda apabila bekerja kelak. Buat perbandingan dan pilih budaya yang lebih sesuai untuk anda.

    • Runding gaji dan manfaat

    Dalam beberapa keadaan, anda akan mendapati kelebihan dan manfaat yang ditawarkan dua syarikat adalah setara. Dalam keadaan ini, cuba untuk membuat rundingan dengan wakil sumber manusia kedua-dua syarikat untuk menambah baik tawaran mereka. Jika mereka benar-benar mahukan anda, syarikat kebiasaannya bersedia untuk menambah baik tawaran. Lebih-lebih lagi jika mereka tahu anda turut diintai syarikat pesaing.

    • Pertimbang matlamat jangka panjang dan pendek

    Apabila menilai antara dua tawaran, fikirkan matlamat jangka panjang dan pendek anda, terutamanya soal laluan kerjaya, kenaikan gaji dan peluang untuk belajar. Buat pertimbangan tentang bagaimana setiap tawaran tersebut membantu anda mengembangkan pengalaman kerja dan memenuhi keperluan semasa. Ambil kira tentang perkembangan kerjaya serta keseimbangan kerja dengan kehidupan yang sihat.

    • Gambarkan situasi anda bekerja

    Untuk pertimbangan terakhir, anda boleh gunakan kuasa intuisi. Gambarkan keadaan anda bekerja dalam setiap tawaran yang diterima. Bagaimana keadaan anda ketika bekerja? Tawaran mana yang lebih mengujakan? Percayakan kata hati anda tentang syarikat, rakan sekerja dan persekitaran kerja. Ini akan membantu anda membuat keputusan yang muktamad. – RELEVAN

    indeed kerja kerjaya temu duga
    Artikel Terkini

    7 fakta langka tentang P. Ramlee

    March 22, 2023

    Bagaimana proses melihat anak bulan?

    March 22, 2023

    7 puisi buat anda di hari puisi

    March 21, 2023

    Bolehkah rundingan gaji dilakukan selepas menerima surat tawaran kerja?

    March 21, 2023

    Pesakit jantung boleh berpuasa?

    March 20, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.