Facebook Twitter
    Trending
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Merokok membinasakan paru-paru, berhenti sebelum terlambat

    Merokok membinasakan paru-paru, berhenti sebelum terlambat

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 7, 2022Updated:February 21, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Aphiwat Chuangchoem (Pexels)

    SEPERTI diketahui umum, merokok mempunyai kesan negatif kepada kesihatan. Masalah kesihatan paling lazim dikaitkan dengan tabiat merokok ialah gangguan terhadap fungsi pernafasan, terutama paru-paru.

    Penyakit Pulmonari Tersumbat Kronik (COPD) merupakan penyakit yang terjadi akibat gangguan aliran udara dalam paru-paru. Penghidap penyakit ini akan mengalami kesukaran bernafas dan ia akan bertambah buruk dari semasa ke semasa.

    Menurut rencana yang diterbitkan Sekolah Perubatan Harvard, sebilangan besar kes COPD boleh dikaitkan dengan amalan merokok. 

    Kebimbangan berkaitan penyakit ini bukan sahaja individu yang menghidapnya. Ia juga memberi kesan besar kepada ekonomi kerana kehilangan tenaga kerja berkebolehan, kos rawatan kesihatan dan memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan negara .

    Kos tinggi

    Menurut pakar perubatan kesihatan awam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Aniza Ismail, bebanan kos rawatan pesakit COPD adalah tinggi dan sebahagian besarnya ditanggung kerajaan.

    Jelas beliau, pesakit COPD memerlukan rawatan yang berpanjangan dan dalam kebanyakan kes, ia mungkin sepanjang hayat seperti penyakit kronik yang lain.

    “Pesakit COPD akan kerap mendapat rawatan kecemasan di fasiliti kesihatan, kemasukan ke hospital yang berulang-ulang dan tinggal lebih lama di hospital untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan, terapi oksigen serta pemulihan pulmonari.

    “Untuk kes yang berat, pesakit perlu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) diberikan bantuan pernafasan untuk rawatan yang lebih intensif.

    “Faktor-faktor ini menyumbang kepada bebanan kos rawatan yang tinggi kepada pesakit, keluarga dan kerajaan,” katanya.

    Cegah selagi boleh

    COPD bukanlah penyakit yang datang tanpa diduga. Ia boleh dicegah dengan meninggalkan amalan yang menjadi faktor jangkitannya, iaitu merokok.

    Dr Aniza berkata, orang ramai disarankan untuk meninggalkan amalan merokok bagi mengelakkan serangan COPD.

    “Ini supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dan pastinya dapat mengurangkan bebanan kos rawatan yang perlu ditanggung,” katanya.

    Jelas beliau, COPD menyerang sistem pernafasan terutamanya paru-paru, menyebabkan pesakit mengalami kesesakan dan kesukaran bernafas.

    Kesukaran tersebut, kata beliau, mengganggu kehidupan harian dan menjejaskan kualiti pesakit.

    “Ini merupakan salah satu penyakit kronik global yang berpanjangan dan sukar untuk dipulihkan. 

    “Pesakit yang menghidap penyakit ini pada awalnya mempunyai simptom-simptom yang sederhana dan boleh menjadi semakin teruk sekiranya tiada langkah-langkah kawalan diambil ke atas jangkitan tersebut,” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleBoleh buka akaun Tabung Haji serendah RM2
    Next Article Kementerian Kesihatan lancar semula RRTF hadapi Omicron

    Artikel berkaitan

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026

    Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

    March 5, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.