Facebook Twitter
    Trending
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    • 1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023

      Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Trauma generasi: tanda, punca dan rawatannya

    Trauma generasi: tanda, punca dan rawatannya

    By Umi FatehahJuly 27, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Trauma generasi: tanda, punca dan rawatannya. - GAMBAR HIASAN RDNE STOCK PRODUCTIONS

    DALAM artikel sebelum ini, Relevan kongsikan definisi apakah yang dimaksudkan dengan trauma generasi. Secara ringkasnya, trauma ini boleh diwarisi melalui asid deoksiribonukleik (DNA). Tetapi, ia juga boleh berlaku melalui pengalaman secara langsung.

    Sama ada pesakit menjadi saksi kepada apa sahaja bentuk keganasan atau hidup dalam persekitaran di mana keganasan adalah ancaman berterusan, ia boleh menyebabkan rantaian trauma generasi berlaku.

    Simptom dan faktor trauma generasi.
    Simptom dan faktor trauma generasi.

    Cara trauma generasi dikenal pasti

    Menurut buku Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders Edisi Kelima (DSM-5), tiada diagnosis khusus untuk mengenal pasti trauma generasi. Namun, trauma ini mendapat perhatian dan tidak dipandang ringan oleh pakar.

    DSM-5 ialah standard yang digunakan oleh pakar kesihatan mental untuk mendiagnosis keadaan kesihatan mental pesakit. 

    Tercatat dalam buku tersebut, trauma ini boleh dikenal pasti melalui tekanan, kebimbangan dan peningkatan sistem amaran (heightened alert systems) dalam otak dan badan. Tetapi, trauma generasi juga boleh bersembunyi di sebalik kepercayaan dan tingkah laku.

    Ia akan memberi kesan kepada personaliti, perhubungan, komunikasi dan persepsi terhadap dunia.

    Walaupun tiada ujian untuk mendiagnosis trauma generasi, penyedia penjagaan kesihatan menggunakan pemeriksaan kesihatan mental untuk memeriksa sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah trauma. 

    Pemeriksaan kesihatan mental melibatkan satu set soalan tentang selera makan, perasaan, tabiat tidur dan tingkah laku yang lain.

    Anda mungkin mengisi borang soal selidik atau bersoal jawab secara lisan dengan penyedia penjagaan kesihatan tentang masalah dan sejarah keluarga. Pastikan anda menjawab setiap soalan dengan jujur untuk mendapat diagnosis yang tepat.

    Penyedia penjagaan kesihatan mungkin merujuk anda kepada pakar kesihatan mental seperti ahli psikologi atau pakar psikiatri sekiranya anda menunjukkan tanda-tanda penyakit mental. 

    Rawatan trauma generasi

    Tiada jawapan mudah tetapi untuk sembuh daripada trauma generasi mungkin termasuk perlu menerima trauma tersebut serta memahami kesan dan cara untuk merawatnya.

    Anda juga perlu menghindarkan diri daripada persekitaran yang mungkin akan memburukkan kesan trauma tersebut. 

    Berdasarkan pengalaman dan sejarah anda, penyedia penjagaan kesihatan mental boleh menasihati strategi mengatasi. Sebagai contoh, mereka mungkin mengesyorkan latihan pernafasan dan meditasi untuk mengurangkan gejala kebimbangan. 

    Mereka juga akan mencadangkan anda untuk menjalani psikoterapi yang mungkin melibatkan terapi secara individu atau bersama ahli keluarga yang lain.

    Usaha untuk menghentikan kitaran trauma yang berterusan mungkin memerlukan sokongan yang besar dan memakan masa yang lama. Namun, ia penting demi kesejahteraan kehidupan diri sendiri dan generasi akan datang. – RELEVAN

    featured kesihatan kesihatan mental trauma trauma generasi
    Artikel Terkini

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023

    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.