Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip bergelar pereka fesyen berjaya

    7 tip bergelar pereka fesyen berjaya

    By February 3, 2022Updated:May 22, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BUKAN mudah untuk bergelar pereka fesyen yang berjaya kerana kerjaya tersebut tidak hanya berbekalkan glamor semata-mata. Mereka yang berjaya dalam kerjaya ini terpaksa bekerja keras, sabar, tabah, berpengetahuan luas dan mempunyai kefahaman yang mendalam tentang bagaimana industri itu berkembang serta bergerak. Trend hari ini mungkin tidak bernilai esok.

    Berkongsi tip untuk menjadi pereka fesyen yang berjaya, Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor, Faizal Hamid menitipkan tujuh rahsia penting bagi mencapai matlamat tersebut.

    1. Kehendak pasaran

    Pereka perlu sentiasa bersedia dengan kehendak pasaran kerana trend dan cita rasa pelanggan sentiasa bertukar. Harus diingat industri fesyen terlalu banyak saingannya.

    Seseorang pereka itu mungkin menjadi pilihan dan popular pada bulan ini, tetapi jika gagal untuk menarik perhatian serta menghasilkan sesuatu yang hebat pada masa akan datang maka, anda akan dilupakan dengan pantas.

    1. Hubungan komunikasi yang efektif

    Menerusi temu bual bersama pereka fesyen yang berpengalaman dan berpengetahuan, mereka berpendapat kejayaan dalam industri ini adalah bertitik tolak daripada usaha mengekalkan hubungan komunikasi yang effektif serta baik sama ada dengan rakan sekerja atau pelanggan.

    1. Kepekaan kepada keindahan alam sekeliling

    Ketajaman intuisi terhadap fesyen dan kepekaan kepada keindahan alam sekeliling secara umumnya menjadi inspirasi serta kunci utama kejayaan seseorang pereka.

    Rekaan yang bagus tidak sekadar mengikut kata hati semata-mata, tetapi merangkumi kehebatan penyelidikan, uji kaji, inspirasi dan kecekapan mentafsirkan aliran yang bakal menjadi ikutan berdasarkan perubahan demografi, tingkah laku dan gaya hidup manusia.

    1. Menyuntik elemen segar

    Pereka perlu menyuntik elemen segar dalam diri mereka dan juga berusaha keras membuat lebih banyak penyelidikan, kerja-kerja perundingan profesional dan segala yang berkaitan untuk memastikan kita selari dengan trend semasa.

    Paling penting adalah untuk memastikan rekaan tersebut sentiasa relevan kepada kehendak industri.

    1. Ekonomi dan estetika

    Walaupun fesyen melibatkan aspek kreativiti, tetapi kepentingan dari aspek perniagaan seperti penjenamaan dan pemasaran hasil sesuatu rekaan perlu juga diambil kira.

    Menggabungkan aspek ekonomi dan hasil seni merupakan tunjang kepada kejayaan setiap pereka.

    Kredit foto: Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.
    1. Jaringan

    Pereka perlu memanfaatkan segala saluran jaringan yang ada (networking) dalam Industri.

    Melalui jaringan perhubungan ini, kita akan lebih berkeyakinan kerana pendedahan yang diterima adalah lebih meluas dan terkini.

    1. Aspek komersial

    Di samping rekaan yang menarik dan elegan, pereka perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan aspek komersil dalam hasil karya mereka.

    Malaysia sendiri telah melahirkan ramai pereka fesyen yang sangat berjaya sama ada beroperasi di sini atau di luar negara. Satu yang pasti, ia memerlukan kecekalan dan iltizam yang sangat kuat.- RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    Masa untuk bercuti

    December 8, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025

    Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.