Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar
    • Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang
    • Ajar anak cara congak
    • Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023
    • Kewangan

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023
    • Pendidikan

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Terung tinggi nutrisi, baik untuk ibu mengandung

    Terung tinggi nutrisi, baik untuk ibu mengandung

    By Zubaidah IbrahimJanuary 30, 2022Updated:February 6, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kredit foto: mdjaff - www.freepik.com

    KETIKA hamil kita sering mendengar pantang larang terhadap beberapa makanan yang tidak boleh dimakan oleh ibu mengandung bagi menjaga kesihatan kandungan dan mengelakkan keguguran.

    Salah satu makanan tersebut ialah terung yang dikatakan tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana akan menyebabkan keguguran kandungan.

    Menjawab kepada persoalan itu, pakar kesihatan, Dr. Zubaidi Ahmad berkongsi maklumat mengenai khasiat pemakanan terung kepada ibu mengandung menerusi blog peribadinya.

    Ulasnya, terung merupakan makanan yang tinggi nutrisi dan sangat bermanfaat untuk ibu mengandung.

    Tulis Zubaidi, walaupun tiada kajian kukuh membuktikan pengambilan terung boleh menyebabkan keguguran kandungan, tetapi dinasihat pengambilan sayuran itu perlulah secara sederhana ketika usia kandungan masih baharu.

    Beliau juga mencadangkan agar terung itu dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan risiko mendapat masalah keguguran dan kelahiran bayi pramatang.

    Berikut beliau kongsikan manfaat terung kepada ibu mengandung.

    • Sumber folate

    Terung mengandungi folate yang sangat penting untuk diambil sepanjang kehamilan. Kekurangan sumber tersebut akan menyebabkan kecacatan neural tube defects pada bayi yang bakal dilahirkan. Folate juga menggalakkan pembentukan sel darah merah.

    • Kaya dengan vitamin

    Sayuran terung juga kaya dengan vitamin C, niacin, B kompleks, A dan E yang sangat penting untuk bayi. Ia juga mengandungi mineral seperti potassium, copper, manganese dan zat besi yang sangat penting untuk menghasilkan tenaga.

    • Karbohidrat kompleks

    Terung mempunyai kandungan karbohidrat kompleks yang kaya dengan fiber dan boleh memberi rasa mudah kenyang serta melambatkan lapar. Oleh itu, ia bagus untuk menstabilkan tahap gula dalam darah bagi wanita hamil yang diabetes.

    • Melawaskan sembelit

    Ia membantu melawaskan sembelit yang biasa dialami oleh wanita hamil kerana mempunyai kandungan fiber yang signifikan.

    • Meningkatkan sistem daya tahan

    Terung mengandungi sebatian nasunin iaitu sebahagian daripada sebatian anthocyanin yang memberi warna kepada buah terung. Nasunin bertindak sebagai antioksida untuk melawan sebatian radikal bebas bagi menghalang kerosakan sel dan DNA yang menyebabkan penyakit serta kecacatan pada bayi.- RELEVAN

    hamil kandungan terung vitamin
    Artikel Terkini

    Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    November 30, 2023

    Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

    November 30, 2023

    Ajar anak cara congak

    November 29, 2023

    Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    November 29, 2023

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.