Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 tip belajar online dengan lebih efektif

    7 tip belajar online dengan lebih efektif

    By February 4, 2022Updated:May 28, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kredit foto: www.freepik.com

    WALAUPUN kita sudah berada di fasa endemik dan institusi pendidikan telah beroperasi secara bersemuka, tetapi ramai orang memilih untuk belajar menggunakan platform online bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

    Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan tujuh tip penting untuk menjadikan pembelajaran online lebih efektif seperti berikut:

    1. Akses internet

    Tidak semua orang mempunyai akses internet di rumah dan juga boleh menggunakannya secara konsisten tanpa sebarang gangguan kerana ada yang berkongsi bersama adik-beradik. Selain itu, ada segelintir pelajar yang tidak cekap menggunakan teknologi maka, bantuan daripada para guru dan penjaga adalah sangat penting untuk menyokong pendidikan dalam talian agar mereka dapat menuntut ilmu dengan lancar.

    1. Sediakan persekitaran sesuai untuk pembelajaran

    Kita harus faham, persekitaran di rumah dan sekolah tidak sama sehingga ada yang mengakui agak terganggu serta sukar memberi tumpuan apabila perlu belajar secara online di kediaman masing-masing. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk pembelajaran di dalam rumah agar pelajar dapat belajar, membentangkan idea, membuat rakaman video dan sebagainya dalam keadaan tenang serta selesa.

    1. Cipta kandungan yang lebih pendek

    Belajar di rumah menjadi sukar bagi kebanyakan pelajar terutamanya mereka yang mempunyai adik-beradik dan ahli keluarga ramai apatah lagi kediaman itu agak sempit. Pelajar juga berdepan gangguan lain di rumah seperti televisyen, permainan video dan telefon maka, bagi mengatasi permasalahan tersebut para pengajar perlu menyediakan atau mencipta kandungan yang lebih pendek dan menyeronokkan.

    1. Berikan tugasan berkumpulan atau berpasangan

    Ketika belajar secara online, pelajar memerlukan interaksi sosial lebih daripada sebelum ini, tetapi agak sukar untuk mengumpulkan keseluruhan pelajar itu secara fizikal kerana sesi pembelajaran itu berlangsung secara maya. Bagi membantu pelajar kekal berhubung dengan rakan sekelas, guru boleh memberi tugasan atau projek yang boleh mereka laksanakan bersama-sama.

    1. Buat rancangan pembelajaran individu

    Pembelajaran secara online mungkin akan menyukarkan lagi pelajar yang lemah dalam pelajaran untuk memahami setiap perkara yang diajarkan oleh guru.  Salah satu cara untuk mengatasi permasalah tersebut ialah guru menyediakan rancangan pembelajaran secara individu agar pelajar yang lemah itu tidak ketinggalan jauh dan belajar dengan lebih bersemangat.

    1. Mudah dihubungi

    Pastikan guru mudah dihubungi jika para pelajar mempunyai sebarang permasalahan atau perkara yang ingin dibincangkan. Tidak semua pelajar selesa untuk bertanya soalan ketika kelas berlangsung secara online (terutamanya introvert). Jadi, guru perlu menetapkan waktu-waktu tertentu untuk memudahkan pelajar menghubunginya.

    1. Mendapatkan maklum balas

    Pembelajaran online merupakan perkara baharu bagi kebanyakan guru dan pelajar yang mana ia dilaksanakan secara meluas di seluruh dunia ekoran pandemik covid-19. Guru perlu membuat tinjauan online untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar terhadap sesi pengajaran dalam talian tersebut dan hasil soal selidik itu dapat membangunkan idea pembelajaran baharu.-RELEVAN

    Previous Article7 tip bergelar pereka fesyen berjaya
    Next Article Dari ruang ke alam, bahasa atau muzik; ini 8 jenis kepintaran manusia

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Bagaimana pembuli tercipta?

    January 5, 2026

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.