Facebook Twitter
    Trending
    • 5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027
    • 7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi
    • Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon
    • 7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beri ganjaran kepada diri tetapi berhemah

    Beri ganjaran kepada diri tetapi berhemah

    By Zubaidah IbrahimJanuary 27, 2022Updated:February 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kredit foto: jcomp - www.freepik.com

    MEMBERI ganjaran kepada diri atau self reward dalam bentuk material selepas bertungkus-lumus melakukan sesuatu merupakan sesuatu yang perlu. Ia sebagai tanda penghargaan buat diri kita agar lebih bermotivasi, bekerja lebih kuat serta efektif. 

    Ganjaran kepada diri sendiri dapat mengurangkan tekanan kerja kerana kita tahu apa yang bakal diperoleh pada masa akan datang atau meletakkan sasaran tertentu seperti gaji dan imbuhan lain. 

    Namun, ada yang terleka memberi ganjaran kepada diri sehingga berbelanja berlebih-lebihan. Pada akhirnya duit gaji setiap bulan habis begitu sahaja tanpa sebarang simpanan atau pembelian aset yang mempunyai nilai lebih tinggi pada masa hadapan.

    Profesor Tadbir Urus dan Pelaporan Korporat, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr. Norman Mohd. Saleh berkata, tidak salah untuk memberi ganjaran kepada diri asalkan tidak berlebihan.

    Beliau menggariskan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika ingin memberi ganjaran kepada diri sendiri.

    • Kekerapan

    Elakkan memberi ganjaran kepada diri terlalu kerap sehingga sampai satu tahap kita merasakan ganjaran tersebut sesuatu yang biasa sehingga mencari ganjaran lebih besar.

    Dikhuatiri jika perkara tersebut dilakukan tanpa kawalan akan membawa kepada masalah ketagihan dan boleh juga menyebabkan kita tidak berasa teruja dengan ganjaran itu serta cuba mencari sesuatu yang lebih memberi kepuasan diri.

    • Komitmen bulanan

    Sebelum memberi ganjaran kepada diri pastikan anda penuhi mendahulukan tanggungjawab dan komitmen bulanan seperti membayar bil, hutang kereta, rumah dan mengasingkan sebahagian duit gaji itu untuk simpanan.

    Duit gaji itu juga hendaklah diperuntukkan untuk mengembangkan aset dan simpanan bagi pendidikan masa hadapan anak-anak.

    Walaupun bergaji besar, tetapi ganjaran kepada diri perlu dilakukan secara bersyarat dengan mendahului komitmen bulanan.

    • Berbelanja secara munasabah

    Berbelanja untuk memberi ganjaran kepada diri perlu dilakukan dengan munasabah dan tidak terlalu berlebihan yang mana perlu mengambil kira fungsi barangan atau item tersebut agar ia benar-benar berguna.

    Duit yang kita miliki itu mempunyai manfaat besar bukanlah sahaja untuk memenuhi keperluan peribadi, tetapi bagi membantu mereka yang ditimpa kesusahan.

    • Awasi kehendak yang tidak pernah berakhir

    Kehendak kita sebagai manusia tidak pernah terbatas dan saban hari ada sahaja perkara baharu yang diingini. Jadi adalah sangat penting ia perlu diperhalusi dengan baik agar tidak tersilap langkah.

    Paling penting adalah untuk mendidik hati untuk berbelanja secara munasabah dan cuba mengelak hutang baharu. Kebebasan kewangan sebenar adalah apabila mencapai sifar hutang.

    Sebagai contoh, mengejar trend telefon pintar yang boleh dikatakan setiap hari muncul model terbaharu dan akhirnya kita terjerat dengan hutang baru yang tidak penghujungnya. 

    Di Malaysia kadar tabungan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah. Perangkaan menunjukkan kira-kira 6.1 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mempunyai simpanan kurang RM10,000. 

    Daripada jumlah tersebut, 3.6 juta pencarum mempunyai simpanan kurang daripada RM1,000 manakala dalam kalangan 4.4 juta pencarum bumiputera mempunyai  simpanan kurang RM10,000. 

    Oleh itu, simpanan masih menjadi cabaran dan perbelanjaan secara berhemah serta  menabung merupakan perkara terpenting untuk mencapai kebebasan kewangan yang sebenar. -RELEVAN

    Previous ArticleLima langkah untuk kejar kerjaya impian
    Next Article Mahu ilmu lebih? Ini 7 saluran YouTube yang anda wajib langgan

    Artikel berkaitan

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

    June 9, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026
    Artikel Terkini

    5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

    June 19, 2026

    7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

    June 19, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

    June 18, 2026

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.