Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Zeti Akhtar Aziz, gabenor bank wanita pertama Malaysia

    Zeti Akhtar Aziz, gabenor bank wanita pertama Malaysia

    By Umi FatehahNovember 20, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Zeti Akhtar Aziz, gabenor bank wanita pertama Malaysia

    PERNAHKAH anda melihat wang kertas Malaysia yang mempunyai tandatangan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz? 

    Duit yang mempunyai tandatangan beliau sangat diingini oleh rakyat Malaysia, sehinggakan ada yang menjadikannya sebagai koleksi berharga.

    Sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dari 2000 hingga 2016, Zeti sudah menjadi wajah yang tidak dapat dipisahkan daripada kestabilan kewangan negara. Setiap ringgit yang dikeluarkan oleh BNM ketika beliau memegang jawatan itu mempunyai nilai simbolik yang lebih besar.

    Bagi sesetengah orang, duit yang ditandatanganinya menjadi seolah-olah satu bentuk penghormatan terhadap kepimpinan yang cemerlang dalam mengemudi ekonomi negara.

    Pengalaman dan kepimpinan

    Lebih dikenali sebagai Zeti Aziz, beliau dilahirkan pada 1950 di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak tunggal kepada tokoh ilmuwan terkenal, Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz dan tokoh budayawan negara, Sharifah Azah Aziz Mohamed Alsagoff .

    Zeti Aziz mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang ekonomi. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Malaya sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat untuk menggenggam Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa (PhD).

    Kepakarannya dalam bidang kewangan mendorong beliau memulakan kerjaya di Bank Negara Malaysia yang akhirnya membawa kepada jawatan tertinggi sebagai Gabenor.

    Pelantikan beliau sebagai Gabenor BNM pada 2000 adalah satu peristiwa penting kerana beliau menjadi wanita pertama yang memegang jawatan berprestij itu.

    Di bawah kepimpinannya, Malaysia berjaya menghadapi pelbagai krisis ekonomi termasuk Krisis Kewangan Asia 1997 dan Krisis Kewangan Global 2008.

    Zeti Aziz dan pasukannya di BNM bertindak bijak dan cepat dalam menangani cabaran- cabaran besar yang timbul. Hasilnya, Malaysia mampu mengekalkan kestabilan ekonomi walaupun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global.

    Peranan zeti aziz dalam pemulihan ekonomi

    Salah satu pencapaian terbesar Zeti Aziz adalah peranan beliau dalam memulihkan sektor kewangan Malaysia selepas Krisis Kewangan Asia pada akhir 1990- an.

    Ketika itu, ekonomi Malaysia merosot dengan kejatuhan nilai mata wang Ringgit yang menyebabkan kejatuhan ekonomi negara sehingga banyak institusi kewangan tempatan turut terjejas.

    Zeti Aziz bersama pasukan BNM sudah mengambil langkah berani dengan memperkenal dasar yang mengutamakan kestabilan makroekonomi dan memperkukuh sistem kewangan negara.

    Selain itu, Zeti Aziz juga merupakan pemimpin yang memperkenal pelbagai reformasi penting dalam sistem kewangan Malaysia.

    Salah satu inisiatif besar yang beliau perkenalkan adalah dalam sektor perbankan Islam yang kini menjadi salah satu sektor kewangan utama di Malaysia.

    Di bawah kepimpinannya, Malaysia berjaya menjadi pusat kewangan Islam yang penting di dunia yang memberi manfaat kepada ekonomi negara serta meningkatkan kedudukan Malaysia di mata dunia.

    Penghormatan antarabangsa dan inspirasi kepada generasi muda

    Pencapaian Zeti Aziz turut menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Beliau dilantik sebagai ahli lembaga penasihat untuk beberapa organisasi kewangan global termasuk Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

    Sebagai wanita pertama yang memegang jawatan Gabenor BNM, Zeti menjadi sumber inspirasi bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia.

    Keberanian beliau untuk memimpin dalam bidang kewangan yang dikuasai oleh lelaki membuktikan bahawa kejayaan tidak mengenal batasan jantina.

    Jadi, jika anda mempunyai wang kertas dengan tandatangan Zeti Akhtar Aziz, tahniah!

    Anda bukan hanya memegang sekeping wang tetapi juga cebisan sejarah ekonomi Malaysia yang penting. 

    Duit tersebut bukan sahaja bernilai dari segi nilai nominalnya tetapi juga sebagai lambang kepada kepimpinan yang cemerlang dan sumbangan besar Zeti Aziz dalam memastikan kesejahteraan ekonomi negara. – RELEVAN

    Previous ArticleBahagia bermula dengan memaafkan
    Next Article Inflasi, pembunuh senyap kekayaan anda

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.