Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

    By AMAL HAYATI FAUZIMay 27, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha. - GAMBAR HIASAN CANVA

    SETIAP kali sambutan perayaan, meja makan pasti penuh dengan juadah lazat. Tambah pula, Hari Raya Aidiladha sememangnya sinonim dengan lauk berasaskan daging hasil daripada pengagihan sembelihan ibadah korban.

    Rendang, gulai kawah, sup tulang, sate dan pelbagai hidangan berasaskan daging menjadi sajian utama dari pagi hingga malam. Walaupun menyelerakan, pengambilan makanan yang terlalu berat, berminyak dan berlebihan boleh menyebabkan badan lesu atau perut kembung.

    Keadaan ini sebenarnya petanda tubuh badan memerlukan ‘rehat’ selepas beberapa hari menikmati juadah raya tanpa kawalan. Justeru, berikut beberapa langkah mudah untuk detoks badan agar kembali segar selepas raya.

    Minum air kosong secukupnya

    Ketika beraya, ramai lebih gemar menikmati minuman manis sehingga terlupa minum air kosong yang berfungsi membantu badan menyingkirkan toksin melalui peluh dan air kencing.

    Pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi membantu tubuh badan kembali normal. Air juga membantu mengelakkan dehidrasi dan menjadikan kulit lebih segar.

    Tip efektif adalah dengan memulakan pagi dengan segelas air suam bersama hirisan lemon untuk membantu sistem penghadaman berfungsi dengan lebih baik.

    Kurangkan pengambilan daging seketika

    Selepas beberapa hari menikmati daging merah tanpa henti, sistem penghadaman juga memerlukan masa untuk berehat. Pengambilan daging secara berlebihan boleh menyebabkan sembelit dan rasa tidak selesa.

    Hadkan pengambilan daging buat sementara waktu dan gantikan dengan sumber protein yang lebih ringan seperti ikan, telur atau tempe. 

    Lebih baik, lengkapkan hidangan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk membantu tubuh badan kembali seimbang.

    Lebihkan makanan tinggi serat

    Serat penting untuk melancarkan sistem penghadaman, terutamanya selepas musim raya yang dipenuhi makanan berlemak dan berat.

    Antara makanan tinggi serat yang boleh diamalkan ialah oat, epal, pisang, betik, brokoli, bayam dan bijirin penuh. 

    Tip yang boleh dicuba ialah jus dengan campuran sayur seperti bayam, timun dan epal hijau untuk membantu badan terasa lebih ringan dan segar.

    Aktifkan semula tubuh badan

    Selepas perut kenyang, pasti ramai mula mengantuk dan ingin berehat. Sebaiknya, cegah diri dari tabiat tidur selepas makan kerana badan memerlukan pergerakan untuk membantu melancarkan peredaran darah dan proses penyingkiran toksin.

    Tidak perlu melakukan senaman berat. Cukup sekadar berjalan kaki 20 minit sehari, melakukan regangan ringan. Apa yang penting, badan harus aktif dan tidak terlalu pasif selepas makan.

    Tidur cukup dan kawal stres

    Ramai tidak sedar proses pemulihan badan juga berlaku ketika tidur. Tidur yang cukup membantu organ penting seperti hati dan buah pinggang berfungsi dengan lebih baik untuk menapis bahan buangan dalam badan.

    Cuba dapatkan tujuh hingga lapan jam tidur setiap malam dan elakkan berjaga terlalu lewat. Pada masa yang sama, kawal stres kerana tekanan emosi juga boleh mengganggu sistem penghadaman dan hormon.

    Elakkan gula dan makanan berproses

    Selain daging, pencuci mulut yang bergula serta minuman manis boleh menyebabkan badan cepat letih dan meningkatkan risiko kenaikan berat badan.

    Untuk membantu proses detoks semula jadi tubuh badan, cuba kurangkan makanan ini buat beberapa hari dan pilih makanan yang lebih segar serta berkhasiat.

    Tidak salah menikmati juadah Aidiladha bersama keluarga dan insan tersayang. Namun, selepas perut kenyang, jangan lupa beri ruang untuk tubuh berehat dan kembali seimbang supaya badan kekal sihat dan bertenaga. – RELEVAN

    Previous ArticleManfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat
    Next Article Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.