Facebook Twitter
    Trending
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 23, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah. - GAMBAR HIASAN CANVA

    REALITI kehidupan hari ini menyaksikan ramai berdepan cabaran kewangan yang seakan tiada penghujung, terutama golongan pekerja dengan pendapatan rendah. 

    Ramai bingung memikirkan tentang bekalan kewangan masa depan dan cara untuk keluar daripada belenggu ini.

    Bagaimanapun, menurut perancang kewangan, Adam Zubir, masih ada cara untuk menambah simpanan walaupun bergaji rendah. Apa yang diperlukan hanyalah disiplin serta usaha yang konsisten.

    Berikut ialah tip untuk menggandakan simpanan walaupun berpendapatan kecil. Masih belum terlambat untuk bermula dari sekarang.

    1. Paksa diri simpan duit

    Bukan semua orang gemar dipaksa melakukan sesuatu, namun Adam menegaskan bahawa memaksa diri menyimpan wang adalah langkah penting untuk membina tabiat kewangan yang baik.

    “Paksa diri untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda dan anggap duit itu tidak boleh disentuh. Cara ini boleh membantu anda menjadi lebih berdisiplin dalam mengurus kewangan. 

    “Pengasingan duit simpanan sangat penting supaya anda tidak cuai membelanjakannya,” katanya.

    Beliau turut mencadangkan agar simpanan tersebut disalurkan ke platform seperti:

    • Tabung Haji
    • ASB (Amanah Saham Bumiputera)

    “Dua platform ini sangat sesuai bagi mereka yang bergaji rendah dan belum mempunyai asas pelaburan. Sekurang-kurangnya duit anda boleh berkembang secara perlahan melalui dividen tahunan,” katanya.

    Bagi memastikan kaedah ini berkesan, beliau menyarankan supaya potongan automatik dibuat sebaik sahaja gaji dikreditkan ke dalam akaun.

    “Saya juga cadangkan mereka yang bergaji rendah mencari instrumen pelaburan yang memaksa anda membuat bayaran bulanan seperti ASBF (ASB Financing).

    “Tidak perlu melabur dalam jumlah besar. Peruntukkan RM100 hingga RM200 sebulan daripada gaji ke dalam ASBF pun sudah memadai.

    “Dengan cara ini, anda berpeluang menggandakan duit secara tidak langsung kerana konsepnya menggunakan pembiayaan bank untuk memperoleh pulangan dividen daripada jumlah pelaburan tersebut,” katanya.

    1. Cari ‘duit tepi’

    Menurut Adam, ‘duit tepi’ merujuk kepada pendapatan sampingan melalui kerja tambahan atau perniagaan kecil-kecilan.

    Katanya, bagi golongan muda, aset paling bernilai bukanlah wang semata-mata, tetapi tenaga dan masa yang masih panjang untuk membina masa depan lebih baik.

    “Pada usia muda, anda masih mempunyai kudrat dan fleksibiliti untuk bekerja keras demi meringankan beban hidup.”

    Beliau turut menggalakkan orang ramai agar tidak takut mencuba perkara baharu kerana potensi diri hanya dapat diketahui apabila seseorang berani bermula.

    “Kita tidak mahu apabila sudah tua nanti, anda masih terpaksa bekerja keras mencari duit untuk menyara keluarga. Kita juga tidak mahu anda menyesal kerana tidak pernah mencuba mengubah hidup,” katanya.

    Dalam masa sama, beliau mengingatkan agar pendapatan sampingan digunakan mengikut tujuan asal.

    “Jika duit tepi itu untuk simpanan, jangan sesekali gunakannya untuk berbelanja sesuka hati. Walaupun suatu hari nanti anda berjaya mendapat pulangan berlipat kali ganda daripada side income, jangan lari daripada niat asal anda,” pesannya.

    1. Timba ilmu kewangan

    Adam berkata, melaburkan sedikit wang untuk mempelajari ilmu pengurusan kewangan boleh menjadi pelaburan terbaik sepanjang hayat.

    “Nasihat saya kepada orang muda, peruntukkan sedikit duit untuk belajar ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan.

    “Dengan ilmu yang betul, anda akan lebih bijak menggandakan duit gaji anda. Tidak kisah sama ada anda memiliki sijil SPM, diploma mahupun ijazah, kerana itu bukan ukuran sebenar dalam menghadapi realiti kehidupan,” katanya.

    Beliau turut berkongsi bahawa antara cabang ilmu yang boleh dipelajari termasuk pelaburan saham, perniagaan, hartanah dan pelbagai instrumen kewangan lain.

    “Tanya diri anda, instrumen kewangan apa yang benar-benar anda kuasai? peluang untuk menambah kekayaan sentiasa ada, persoalannya sampai bila anda mahu menangguhkan usaha itu?

    “Masalah ramai orang muda hari ini ialah mahukan hasil segera tanpa ilmu. Apabila tersilap langkah, duit yang ada habis begitu sahaja,” katanya.

    Tambah Adam, tidak kira sama ada gaji tinggi atau rendah, segalanya bergantung kepada sikap diri sendiri. Jika pendapatan besar tetapi tabiat berbelanja boros masih dikekalkan, sampai bila-bila seseorang akan tetap merasakan wang tidak mencukupi. – RELEVAN

    Previous ArticlePerut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 
    Next Article Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    Artikel berkaitan

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026
    Artikel Terkini

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.