Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    By Umi FatehahApril 22, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya. - GAMBAR HIASAN HABERDOEDAS/UNSPLASH

    PENGGUNAAN ‘pen kurus’ semakin menjadi trend, terutama di media sosial. Ramai teruja melihat perubahan drastik dalam masa singkat, seolah-olah ia jalan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal.

    Namun, suntikan ini bukan sekadar alat kurus biasa. Ia preskripsi yang direka untuk merawat penyakit tertentu dan penggunaan tanpa kawalan boleh mendatangkan risiko kesihatan.

    Persoalannya, apa sebenarnya perkara yang tak boleh dibuat sewenangnya jika anda menggunakan ‘pen kurus’?

    1. Jangan ambil tanpa preskripsi doktor

    Menurut Healthline, kebanyakan ‘pen kurus’ seperti semaglutide atau liraglutide sebenarnya tergolong dalam kumpulan ubat GLP-1 receptor agonist yang pada asalnya digunakan untuk pesakit diabetes.

    Ia hanya sesuai untuk individu tertentu dan perlu melalui penilaian kesihatan terlebih dahulu.

    Namun, realitinya ramai mendapatkan suntikan ini secara dalam talian tanpa pemantauan profesional. Ini sangat berbahaya kerana ubat ini mengubah cara badan mengawal selera makan dan gula dalam darah.

    1. Jangan guna jika anda sebenarnya sihat

    Ramai yang mempunyai berat badan normal tetap mengambil ‘pen kurus’ semata-mata mahu cepat kurus.

    Ini satu amalan yang berisiko.

    Pakar menegaskan penggunaan ubat ini tidak sesuai untuk individu dengan BMI normal dan boleh membawa kepada masalah seperti kekurangan nutrisi jika digunakan tanpa keperluan perubatan.

    1. Jangan tidak makan secara ekstrem

    Walaupun suntikan ini mengurangkan selera makan, itu tidak bermakna anda boleh berhenti makan terus. Ada pengguna yang sengaja makan terlalu sedikit untuk mempercepatkan penurunan berat badan.

    Risikonya, anda akan mengalami lemah badan, kekurangan nutrisi dan gangguan metabolisme. Sebenarnya, ubat ini hanya membantu anda makan lebih sedikit, bukan menggantikan keperluan makanan.

    1. Jangan anggap ia ‘ubat ajaib’

    Ramai salah faham dan menyangkakan ‘pen kurus’ terus membakar lemak.

    Hakikatnya, ia hanya melambatkan pengosongan perut, meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan selera makan.

    Tanpa kawalan diet dan gaya hidup sihat, kesan jangka panjang tidak akan kekal.

    1. Jangan abaikan kesan sampingan

    Kesan sampingan adalah perkara biasa tetapi tidak boleh dipandang ringan.

    Antara yang sering berlaku:

    • Loya
    • Muntah
    • Cirit-birit
    • Sembelit

    Dalam kes tertentu, ia boleh menjadi lebih serius seperti:

    • Radang pankreas
    • Masalah buah pinggang
    • Komplikasi lain

    Jika simptom berpanjangan atau teruk, perlu segera berjumpa doktor.

    1. Jangan beli sembarangan

    Ini antara risiko terbesar hari ini. idak semua pihak yang menjual ‘pen kurus’ adalah sah atau bertauliah.

    Produk yang dijual secara tidak sah berisiko merupakan barangan tiruan, disimpan dalam keadaan yang tidak sesuai atau mengandungi bahan yang tidak diketahui kandungannya.

    Hakikatnya, ‘pen kurus’ ialah ubat preskripsi yang hanya boleh dibekalkan oleh penyedia kesihatan berlesen.

    1. Jangan guna jika anda dalam kumpulan berisiko

    Tidak semua orang sesuai menggunakan ubat ini.

    Antara yang tidak digalakkan:

    • Wanita hamil atau menyusu
    • Individu dengan sejarah pankreatitis
    • Pesakit dengan masalah tertentu seperti gangguan tiroid tertentu

    ‘Pen kurus’ mungkin nampak seperti jalan pintas untuk mendapatkan badan ideal tetapi ia bukan penyelesaian mudah tanpa risiko. – RELEVAN

    Previous ArticlePenyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    Next Article 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.