Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

    Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

    By AMAL HAYATI FAUZIApril 21, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir. GAMBAR IHSAN EDELMAN MALAYSIA

    SATU dalam setiap 100 bayi yang dilahirkan mempunyai penyakit jantung kongenital atau Congenital Heart Disease (CHD), iaitu masalah jantung yang wujud sejak lahir dan boleh menjadi ‘pembunuh senyap’ jika tidak dikesan lebih awal.

    Menurut pakar perubatan sebuah hospital swasta, Dr. Lim Wooi Kok, pengesanan awal serta rawatan moden kini memberi peluang lebih cerah kepada bayi untuk membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain.

    Bagaimanapun, demi mengelak perkara tidak diingini berlaku, ibu bapa disaran agar kekal peka terhadap tanda-tanda awal dan tidak memandang ringan pemeriksaan kesihatan bayi sejurus selepas kelahiran.

    Dua kategori utama masalah jantung kanak-kanak

    1. Penyakit jantung kongenital (sejak lahir)

    Keadaan ini berlaku apabila struktur jantung bayi tidak terbentuk secara normal ketika dalam kandungan. Antara gejalanya termasuk:

    • Jantung asianotik atau dikenali sebagai ‘jantung merah jambu’, iaitu bayi masih mempunyai paras oksigen mencukupi.
    • Jantung sianotik atau ‘bayi biru’, apabila paras oksigen rendah menyebabkan bibir, lidah atau anggota badan bertukar kebiruan.
    • Kecacatan seperti Atrial Septal Defect (ASD), Ventricular Septal Defect (VSD) dan Patent Ductus Arteriosus (PDA).

    Dr. Lim berkata, kes seperti Tetralogy of Fallot, Transposition of the Great Arteries dan Pulmonary Atresia memerlukan perhatian segera kerana boleh mengancam nyawa jika lambat menerima rawatan.

    1. Penyakit jantung selepas lahir

    Masalah ini berlaku apabila kanak-kanak membesar dan kemudian mengalami gangguan jantung akibat penyakit tertentu. Antaranya:

    • Penyakit Kawasaki
    • Penyakit injap reumatik
    • Gangguan rentak jantung (aritmia)

    Gejala yang biasa dialami pula termasuk:

    • Demam berpanjangan
    • Sakit dada
    • Pengsan
    • Cepat penat ketika aktif

    Rawatan lebih moden penyelamat nyawa

    Perkembangan teknologi perubatan membolehkan banyak kes CHD dirawat tanpa pembedahan berisiko tinggi.

    Antara kaedah terkini ialah ‘intervensi perkutaneus’, iaitu prosedur menggunakan kateter (tiub) kecil dimasukkan melalui salur darah di pangkal paha.

    Selain itu, teknologi pengimejan seperti CT Scan, MRI dan ekokardiografi 3D membolehkan doktor melihat struktur jantung dengan lebih jelas sebelum rawatan dilakukan.

    Pemeriksaan sebelum bayi lahir juga boleh dilakukan

    Kini, masalah jantung bayi boleh dikesan lebih awal ketika masih dalam kandungan melalui ‘ekokardiografi fetal’.

    “Ibu mengandung kini boleh menjalani pemeriksaan jantung bayi dalam kandungan seawal minggu ke-18 hingga ke-22. Penjagaan sewajarnya boleh diberikan bersama pakar obstetrik jika terdapat masalah. Ini boleh menjadi faktor penentu dalam menyelamatkan nyawa,” kata Dr. Lim.

    Tambahnya, kebanyakan masalah jantung kongenital hari ini boleh dirawat dengan baik jika dikesan awal. Antara nasihatnya kepada ibu bapa termasuk:

    • Jangan panik jika anak didiagnosis CHD
    • Patuhi jadual rawatan dan susulan
    • Lakukan saringan berkala serta vaksinasi
    • Jaga kebersihan mulut anak – RELEVAN
    Previous ArticleBahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    Next Article Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.