KETIKA cuaca panas terik atau kering tekak, pemilihan makanan amat penting. Tanpa sedar, sesetengah makanan boleh meningkatkan suhu tubuh badan, dehidrasi dan mengganggu keseimbangan badan. Menurut Real Simple, berikut adalah senarai makanan atau minuman yang perlu dielakkan.
- Durian

Raja buah ini mengandungi gula dan lemak yang banyak. Pengambilannya juga boleh membuat suhu badan meningkat dan menyebabkan rasa haus dengan cepat.
- Makanan pedas

Makanan dengan kepedasan yang tinggi memberi sensasi panas dan menyebabkan badan cepat kehilangan air.
- Makanan berproses

Makanan berproses termasuk kerepek kentang, sosej dan mi segera boleh menjadi punca dehidrasi paling cepat kerana kandungan garam, gula dan perisa tambahan yang tinggi.
- Makanan bergoreng

Kandungan lemak tinggi daripada makanan bergoreng boleh meningkatkan suhu badan dan rasa dahaga berpanjangan.
- Kopi

Kopi mengandungi kafein yang bersifat diuretik menyebabkan badan membuang lebih banyak air dan meningkatkan risiko dehidrasi.
- Pizza

Kandungan garam dalam keju, doh dan daging pepperoni boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan. Oleh itu, hadkan pengambilan pizza dalam rutin harian.
Makanan yang mengekalkan hidrasi dan menyejukkan badan
Di sebalik makanan yang terbukti berisiko memanaskan badan dan lebih dahaga, terdapat beberapa pilihan makanan lain yang membantu mengatasinya disebabkan kandungan yang kaya dengan air, vitamin dan mineral.
- Tembikai dan timun
- Sayuran hijau
- Daun pudina
- Minuman barli – RELEVAN


