Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    By AMAL HAYATI FAUZIFebruary 2, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kesan negatif 'aluminium foil’ pada makanan. GAMBAR HIASAN CANVA

    PENGGUNAAN “aluminium foil” atau kerajang aluminium sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Ia sering digunakan untuk membungkus lebihan makanan dan memanggang ikan, ayam atau daging. Ramai menganggap kerajang aluminium selamat digunakan tanpa sebarang keraguan kerana ia praktikal dan harganya yang murah.

    Bagaimanapun, ada risiko kesihatan yang perlu diberi perhatian. Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan kerajang aluminium yang tidak betul boleh berisiko disebabkan kandungan logamnya yang meresap ke dalam makanan. 

    Bagaimana aluminium boleh meresap ke dalam makanan?

    Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Food Bioscience pada Disember 2024 mendapati bahawa ikan yang dipanggang menggunakan kerajang aluminium pada suhu tinggi menunjukkan tahap logam yang tidak selamat. 

    Kajian tersebut turut menyatakan bahawa keluasan foil dan kehilangan berat foil selepas proses memasak membuktikan berlakunya pemindahan logam ke dalam makanan.

    Selain itu, kajian lain mendapati kandungan aluminium dalam makanan yang dibakar menggunakan kerajang aluminium meningkat sehingga 40 kali ganda. Ini melibatkan pelbagai jenis makanan seperti ikan, ayam, daging, keju dan sayur-sayuran.

    Makanan berasid dan masin lebih berisiko

    Menurut pakar, aluminium mudah bertindak balas dengan makanan:

    • Berasid seperti tomato, lemon dan cuka
    • Masin seperti makanan berjeruk
    • Pedas dan berempah seperti kari dan sambal

    Apabila makanan ini dimasak atau disimpan menggunakan kerajang aluminium, kandungan logamnya boleh bercampur dengan makanan, terutamanya jika makanan masih panas atau disimpan dalam tempoh yang lama.

    Kesan aluminium berlebihan kepada kesihatan

    Penggunaan aluminium secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti berikut.

    • Masalah tulang dan kerapuhan tulang
    • Tekanan kepada fungsi buah pinggang
    • Gangguan sistem saraf

    Penggunaan kerajang aluminium yang telah berulang kali digunakan boleh memberi kesan sampingan yang lebih membahayakan.

    Kesilapan biasa yang ramai lakukan

    • Membungkus makanan bersuhu panas terus dengan kerajang aluminium
    • Menyimpan makanan berasid dalam kerajang aluminium untuk tempoh lama
    • Menggunakan semula kerajang aluminium pakai buang
    • Memasak makanan pada suhu sangat tinggi menggunakan kerajang aluminium

    Langkah penyimpanan makanan yang lebih selamat

    Untuk mengurangkan risiko, pakar menasihatkan agar:

    • Elakkan penggunaan kerajang aluminium untuk memasak atau penyimpanan harian
    • Jangan bungkus makanan berasid, masin atau pedas dengan kerajang aluminium
    • Gunakan bekas kaca, keluli tahan karat atau seramik
    • Jika perlu menggunakan kerajang aluminium untuk membakar, lapikkan makanan dengan kertas pembakar (baking paper)
    • Elakkan memasak secara langsung menggunakan foil pada suhu terlalu tinggi – RELEVAN
    Previous ArticleJangan cas telefon sebelah bantal!

    Artikel berkaitan

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.