Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan cas telefon sebelah bantal!

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    By Umi FatehahFebruary 2, 2026Updated:February 2, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan cas telefon sebelah bantal. - GAMBAR HIASAN MIRIAM ALONSO/PEXELS

    TELEFON mudah alih menjadi teman tidur ramai orang. Apabila terjaga pada tengah malam terjaga, tangan secara automatik mencapai alat itu. Bangun pagi belum gosok gigi, notifikasi dulu yang diperiksa.

    Menurut kajian Pew Research Centre di Amerika Syarikat, kira-kira 90 peratus golongan muda berusia 18 hingga 29 tahun tidur dengan telefon dihidupkan atau diletakkan berhampiran katil. 

    Peratusan itu menurun kepada 70 peratus bagi umur 30 hingga 49 tahun dan sekitar 50 peratus bagi mereka berusia 50 hingga 64 tahun.

    Jika anda selalu bangun dengan rasa letih walaupun sudah tidur enam hingga lapan jam, mungkin puncanya telefon di sebelah bantal.

    Jadi, sejauh mana sebenarnya kebiasaan ini memberi kesan kepada kualiti tidur?

    1. Cahaya biru ganggu hormon tidur

    Skrin telefon menggunakan LED yang memancarkan cahaya biru. Pada waktu siang, cahaya ini membantu kita kekal fokus dan berjaga. Masalahnya, apabila terdedah pada waktu malam, ia boleh mengelirukan otak.

    Tubuh manusia menghasilkan hormon melatonin untuk memberitahu bahawa sudah tiba masa untuk berehat. Pendedahan kepada cahaya biru sebelum tidur boleh mengurangkan penghasilan hormon ini, sekali gus melambatkan rasa mengantuk.

    Kesannya bukan sekadar susah hendak lelap. Ia juga boleh mengganggu kitaran tidur semula jadi (circadian rhythm) termasuk fasa tidur REM – fasa penting untuk pemprosesan memori dan emosi. Jika terganggu berpanjangan, anda mungkin kerap rasa lesu, kurang fokus dan mudah jatuh sakit.

    1. Risiko keselamatan ketika mengecas

    Ramai memilih untuk mengecas telefon semalaman di sisi katil. Dari segi praktikal, ia memang memudahkan urusan dan menjimatkan masa. Namun, ada risiko yang jarang difikirkan.

    Peranti moden menggunakan bateri lithium-ion. Walaupun jarang berlaku, kes bateri terlalu panas atau terbakar tetap dilaporkan, khususnya jika menggunakan kabel tiruan, pengecas tidak asli atau peranti ditutup dengan bantal ketika dicas.

    Terdapat beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil:

    • Gunakan pengecas yang disyorkan pengeluar.
    • Elakkan mengecas melebihi tempoh yang perlu.
    • Jangan tutup telefon dengan kain atau letakkan di atas tilam ketika mengecas.
    • Letakkan di permukaan keras dan rata.

    Risikonya mungkin kecil tetapi apabila melibatkan waktu tidur ia bukan sesuatu yang patut dipandang ringan.

    1. Telefon buat otak lebih berjaga

    Dulu, ramai orang tertidur sambil membaca buku. Kini, ramai tertidur sambil menonton video atau menatal media sosial.

    Perbezaannya? Telefon memerlukan penglibatan aktif. Anda membaca, membalas, menonton dan memberi reaksi. Otak dirangsang secara berterusan.

    Apabila anda hampir terlelap dan tiba-tiba menerima notifikasi, tubuh kembali dalam mod berjaga. Lama-kelamaan, terbentuk kitaran ‘semak, baca, balas’ yang sukar dihentikan. 

    Tanpa sedar, anda tidur dalam keadaan separuh berjaga kerana bimbang terlepas mesej atau panggilan. Keadaan ini menyebabkan tidur tidak berkualiti walaupun tempohnya mencukupi. Disebabkan itu, anda kerap mengeluh sudah tidur lapan jam tetapi masih penat.

    Bagaimana hendak hentikan tabiat ini?

    Mengubah rutin memang tidak mudah, terutama jika telefon juga berfungsi sebagai jam loceng, alat kerja dan hiburan.

    Walaupun nampak sukar pada awalnya, ada beberapa perubahan ringkas yang boleh anda mulakan secara berperingkat:

    • Hadkan penggunaan satu jam sebelum tidur
    • Gunakan masa itu untuk aktiviti lebih santai seperti membaca buku fizikal, berzikir, menulis jurnal atau sekadar berehat tanpa skrin
    • Letakkan telefon jauh dari jangkauan tangan.
    • Sekurang-kurangnya satu meter dari katil. Ini mengurangkan kecenderungan untuk mencapainya secara spontan
    • Aktifkan mod pesawat atau mod senyap
    • Jika sukar untuk asingkan telefon sepenuhnya, sekurang-kurangnya hentikan gangguan notifikasi.
    • Gunakan jam loceng berasingan.
    • Jika alasan utama meletakkan telefon di sisi katil ialah untuk alarm, pertimbangkan membeli jam loceng biasa

    Kita sering mencari pelbagai cara untuk meningkatkan tenaga seperti minum kopi, ambil suplemen atau ubah diet. 

    Tetapi jarang sekali kita menilai semula rutin sebelum tidur. Telefon bukan musuh. Ia alat yang memudahkan hidup. Namun, apabila ia mengganggu waktu rehat, mungkin sudah tiba masa untuk menetapkan sempadan.

    Jika anda kerap bangun dengan rasa berat, sukar fokus dan cepat letih, cuba uji satu perubahan mudah malam ini – alihkan telefon dari tepi bantal. – RELEVAN

    Previous ArticleNaik turun tangga buat badan jadi langsing?
    Next Article Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.