Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    By Umi FatehahDecember 4, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya. - GAMBAR HIASAN RESUME GENIUS/UNSPLASH

    DITERIMA atau ditolak, itu lumrah dalam pencarian kerja. Tetapi apabila anda dimaklumkan tidak berjaya, rasa kecewa pun menyelubungi diri. Walaupun begitu, penolakan juga boleh menjadi peluang untuk memperbaiki diri dan kembali lebih kuat.

    Menurut Medium, terdapat lima langkah penting yang boleh dilakukan selepas gagal dalam temu duga.

    1. Tulis semula semua soalan yang ditanya dan jawab semula dengan lebih baik

    Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah ingat semula setiap soalan yang diajukan semasa temu duga dan menulisnya satu persatu. Kemudian, jawab semula soalan-soalan tersebut dengan lebih tenang dan tersusun. 

    Cuba lafazkan jawapan itu kepada diri sendiri atau di hadapan cermin. Anda mungkin akan menyedari bahawa jawapan yang diberikan sebelum ini tidak cukup meyakinkan, kurang jelas atau tidak menggambarkan kebolehan dan keperibadian diri.

    Situasi temu duga boleh menjadi sangat mencabar. Rasa gementar sering membuatkan calon menjadi keliru, lupa perkara asas atau gagal menjawab soalan mudah seperti “Ceritakan tentang diri anda.” 

    Oleh itu, latihan semula amat penting. Berlatih bersama rakan, ahli keluarga atau pengurus yang dipercayai boleh membantu anda mendapatkan maklum balas yang lebih jujur dan membina. Ada kalanya kita menyangka sudah melakukan yang terbaik, sedangkan masih banyak ruang untuk diperbaiki.

    1. Asingkan emosi daripada proses penilaian

    Ramai calon terus berputus asa selepas menerima e-mel penolakan kerana rasa kecewa yang mendalam. Emosi seperti malu, sedih dan rasa tidak cukup bagus sering menguasai diri. Namun, jika mahu berkembang, anda perlu melihat proses temu duga secara lebih objektif dan rasional.

    Anggap proses mencari kerja sebagai satu prosedur atau sistem, bukannya penentu nilai diri. Satu kegagalan tidak bermakna anda tidak layak atau tidak berbakat. Ia hanya bermaksud, pada masa dan tempat itu, belum ada keserasian antara anda dan organisasi tersebut.

    Masih akan ada temuduga lain, syarikat lain dan peluang lain di masa hadapan. Penolakan sebenarnya adalah satu bentuk maklum balas yang paling jujur. Apa yang penting ialah kebolehan anda untuk menggunakan pengalaman itu untuk perbaiki kekurangan.

    1. Dapatkan maklum balas dengan menghantar nota terima kasih

    Salah satu tindakan paling berani dan matang ialah menghubungi semula individu yang terlibat dalam temu duga anda dan mengucapkan terima kasih secara peribadi. 

    Hantarkan e-mel ringkas kepada panel temu duga dan pihak perekrut, nyatakan penghargaan atas peluang yang diberikan, sebut secara khusus perkara yang anda hargai semasa sesi temu duga, dan kemudian minta maklum balas secara sopan.

    Tujuan utama anda ialah untuk memahami mengapa anda tidak terpilih. Ada perkara yang mungkin anda tidak sedar langsung tentang kekurangan diri. Maklum balas inilah yang akan membantu anda membaiki diri dengan lebih tepat.

    1. Semak semula resume, LinkedIn dan portfolio kerja

    Berdasarkan maklum balas yang diterima dan maklumat daripada iklan jawatan tersebut, lihat semula resume, profil LinkedIn dan portfolio. Kadangkala, tanggapan awal majikan dibentuk sepenuhnya daripada dokumen-dokumen ini dan ia mungkin tidak menggambarkan potensi sebenar anda.

    Fikirkan bagaimana anda boleh memperbaiki cara memperkenalkan diri secara profesional. Apakah kemahiran yang perlu ditonjolkan? Adakah pengalaman anda diterangkan dengan jelas dan relevan? 

    Cuba sediakan resume yang berbeza mengikut industri atau jawatan yang dimohon supaya ia lebih tepat dengan keperluan syarikat.

    1. Teruskan berlatih dan jangan berhenti mencuba

    Realitinya, semua orang pernah ditolak tidak kira betapa hebat atau berpengalaman seseorang itu. Penolakan bukan pengakhiran, sebaliknya satu latihan penting dalam proses kematangan diri. Apa yang benar-benar penting adalah cara anda membina semula keyakinan dan berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

    Gunakan setiap kegagalan sebagai latihan kepada kejayaan. Semakin banyak anda berlatih, semakin kuat keyakinan anda, dan semakin tajam cara anda membawa diri dalam temuduga akan datang.

    Kejayaan bukan milik mereka yang tidak pernah gagal tetapi milik mereka yang enggan berhenti mencuba. – RELEVAN

    Previous Article7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    Next Article Bahaya tahan kentut

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.